CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4387|Reply: 0

[Selangor] Jangan keluarkan fatwa baharu, rasuah tetap haram -Ayob Khan

[Copy link]
Post time 26-9-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode

AYOB Khan Mydin Pitchay (tengah) ketika menjadi salah seorang ahli panel di Seminar Pengukuhan Keselamatan Sempadan Negara 2023 di Cyberjaya di sini, hari ini.-UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR



CYBERJAYA: “Jangan keluarkan fatwa baharu. Dalam apa keadaan sekali pun, kita tidak boleh makan rasuah,” kata Timbalan Ketua Polis Negar, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurutnya, apa sahaja terma yang ditakrifkan sama ada sedekah atau derma namun, jika ia terkait amalan rasuah ia tetap haram.

“Tak payahlah kita nak bagi fatwa lain. Ini derma ini sedekah, tiada derma tiada sedekah dan haram tetap haram,” katanya ketika berucap pada Seminar Keselamatan Sempadan Negara 2023 di sini, hari ini.

Katanya, beliau tidak akan bertolak ansur dalam soal integriti dan mana-mana individu yang terbabit dalam amalan rasuah akan ditangkap, dituduh di mahkamah dan dikenakan tindakan tatatertib.

Ayob berkata, isu integriti perlu diberikan keutamaan paling tinggi oleh setiap penjawat awam barulah isu-isu lain berkait rasuah dan salah guna kuasa dapat diatasi.

Menurutnya, setiap penjawat awam juga perlu tegas, berani dan konsisten dalam setiap tugasan serta tanggungjawab yang diamanahkan.

“Penjawat awam jika cukup 60 tahun sudah pencen. Apabila sudah pencen, jangan bising lagi…duduk rumah jaga cucu.

“Sekarang ini kita ada kuasa dan kedudukan, kita laksana tanggungjawab itu dan jangan takut. Tiada apa yang perlu ditakutkan,” katanya.

Katanya, beliau memuji ketegasan dilakukan negara jiran, Singapura dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa malah, ketegasan itu yang meletakkan Singapura pada tahap sekarang.

Dalam pada itu, Ayob berkata, beliau juga mahu pindaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dilakukan bagi menanggani isu dadah secara menyeluruh.

“Kalau mahu tangani sindiket dadah, kita kena guna Sosma barulah boleh tangkap keseluruhan sindiket. Barulh sindiket besar boleh diatasi dan dibanteras,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ap-haram-ayob-khan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.045670 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list