CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3367|Reply: 0

[Johor] 66 individu ditahan Ops Dadu khas seluruh Johor

[Copy link]
Post time 26-9-2023 05:32 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Seramai 66 individu ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian di seluruh Johor dalam satu operasi yang dijalankan bermula 22 September sehingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata mereka yang ditahan berusia 19 hingga 66 tahun terdiri daripada 52 lelaki tempatan, tiga lelaki warga asing, enam wanita tempatan dan lima wanita warga asing serta rampasan wang tunai sebanyak RM9,641.

Beliau berkata menerusi Op Dadu Khas selama empat hari bagi membenteras judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen itu, turut dirampas 67 unit telefon bimbit pelbagai jenama dan 23 pencetak mudah alih.

"Dalam masa sama, sebanyak 56 premis diperiksa dan pemotongan bekalan elektrik serta pembatalan lesen terhadap premis yang terbabit akan dilakukan, menunggu kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

"Semua tangkapan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, kes disiasat di bawah Seksyen 4(A) dan 4(B) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjaga atau mengurus atau membantu tempat perjudian terbuka dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti berkaitan boleh menyalurkan maklumat kepada Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-221 2999 atau 07-225 4677.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -khas-seluruh-johor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 1.508862 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list