CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1131|Reply: 0

[Perak] Papan miliki nilai sejarah tinggi

[Copy link]
Post time 27-9-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode

SEKUMPULAN pelancong tertarik melihat keadaan bangunan lama yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun di Pekan Papan dekat Batu Gajah, Perak. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA



BATU GAJAH: Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) tidak akan mengubah suai struktur bangunan lama berusia 100 tahun di Papan, di sini yang usang walaupun ada yang ditumbuhi pokok.

Yang Dipertuanya, Mohamad Razif Ramli berkata, ini kerana bangunan kayu yang dibina sejak pekan itu wujud lebih 100 tahun yang lalu mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

Malah, menurutnya, keadaan bangunan lama yang sudah usang itu merupakan tarikan kepada pelancong.

“Struktur bangunan lama yang sudah usang ini menarik pelancongan terutama peminat pelancongan warisan, jadi, MDBG tidak mempunyai rancangan untuk mengubah suai atau menarik taraf bangunan lama di pekan itu.

“Kewujudan rumah kedai di situ masih dalam tetap bentuk asal cuma sudah dimamah usia dan inilah sebenarnya yang menarik pelancong untuk melihat sejarah pekan itu, jadi MDBG tidak akan ‘usik’ bangunan lama di pekan Papan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, warisan sejarah pekan Papan itu merupakan antara tarikan pelancong ke daerah ini sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Katanya, komuniti penduduk kampung di pekan Papan sendiri melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan pelancongan di kawasan tersebut.

“Mereka jadi pemandu pelancong, malah, di pekan itu sudah ada galeri sejarah yang dibangunkan oleh komuniti setempat,” katanya.

Pekan Papan di sini merupakan sebuah pekan kecil yang wujud sejak lebih 100 tahun lalu ketika aktiviti perlombongan rancak dijalankan, namun, ekoran kejatuhan industri bijih timah, ia semakin sepi sehingga diberi julukan pekan hantu, juga kerana kedudukannya yang terpencil.

Keadaan itu menyebabkan deretan bangunan kedai di pekan itu usang akibat dimamah usia, namun, keadaan itu mendapat perhatian banyak pihak terutama pelancong yang menyifatkan pekan itu sebagai unik dan kaya dengan warisan.

Sementara itu, mengenai persiapan pihaknya sempena Tahun Melawat Perak tahun depan, Mohamad Razif berkata, pihaknya sedang melaksanakan kerja-kerja naik taraf pekan lama Batu Gajah antaranya menambah cat pada bangunan dan menambah pencahayaan di kawasan tertentu di bandar tersebut.

“Kami juga akan mengindahkan pekan Pusing dengan lukisan pada dinding bangunan atau mural yang berkonsepkan sejarah pekan itu, juga kuih tradisional masyarakat di situ selain kehidupan komunitinya.

“Lukisan mural di pekan Pusing itu akan mula dilukis pada 9 November ini. Mural itu turut melibatkan komuniti setempat,” katanya. -UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... lai-sejarah-tinggi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.069599 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list