View: 692|Reply: 0
|
[Johor]
Ibu tunggal, rakan serumah mengaku aniaya, abai anak
[Copy link]
|
|
Nurul Asyiqin Mohamad Zahir dan rakan serumahnya, Awiin Chua ketika hadir di Mahkamah Sesyen Johor Bharu hari in. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Johor Bahru: Ibu tunggal dan rakan serumahnya yang sebelum ini didakwa atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Tertuduh, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan wanita yang berperwatakan lelaki, Awiin Chua, 30, itu membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim VM Mabel Sheela.
Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.
Manakala, bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kedua ibu tunggal ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka.
Dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.
Pendakwaan kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebaik pengakuan bersalah itu direkodkan, Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir, memohon satu tarikh lain bagi penyediaan fakta kes sebelum hukuman dijatuhkan.
Pada prosiding itu juga, pihak pendakwaan turut menyerahkan dokumen kepada mahkamah termasuk laporan perubatan, laporan polis dan gambar-gambar lokasi kejadian serta gambar kecederaan mangsa.
Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober depan untuk fakta dan hukuman.
Jaminan RM15,000 terhadap ibu tunggal berkenaan dan RM20,000 terhadap Awiin dikekalkan.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Abd Rahim Ali.
Terdahulu, sebelum kedua-dua tertuduh dibawa masuk ke mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi, kelihatan bapa kepada ibu tunggal berkenaan, Mohamad Zahir Ahmad, 62, menerpa anak bongsunya yang sudah sekian lama tidak ditemuinya itu.
Suasana pilu menyelubungi perkarangan mahkamah apabila dua beranak itu menangis sambil berpelukan.
Pada 16 Ogos lalu, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari.
Fatimah menetapkan hari ini untuk sebutan semula bagi serahan dokumen, bagaimanapun kedua-dua tertuduh memilih menukar pengakuan kepada bersalah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ku-aniaya-abai-anak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|