CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 0

[Melaka] Caj sos cili, pekerja restoran makanan segera tampil beri keterangan

[Copy link]
Post time 27-9-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode

FOTO Tular

Melaka: Pekerja sebuah restoran makanan segera terkemuka di Ayer Keroh, yang dikaitkan dengan insiden sos cili paket dikenakan caj RM10.60, hadir memberi keterangan kepada pihak polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, remaja perempuan berusia 19 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, tengah hari tadi, selepas dihubungi pegawai penyiasat.

Beliau berkata, pekerja restoran makanan segera itu dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan susulan daripada laporan polis yang dibuatnya pada petang semalam di Balai Polis Ayer Keroh.

"Daripada laporan polis diterima remaja perempuan terbabit mendakwa dia dimarahi, ditengking dan dipaksa oleh seorang pelanggan lelaki untuk menjual 10 paket sos cili dalam kejadian antara jam 10 hingga 11 malam Jumaat.

"Bimbang akan keselamatan diri dia tampil membuat laporan kerana ketika kejadian pelanggan terbabit ada membuat rakaman video," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan selain pihaknya turut akan mengambil keterangan daripada pelanggan lelaki yang berusia 45 tahun itu.

"Hasil siasatan awal polis mendapati terdapat pelbagai versi cerita membabitkan kejadian yang berlaku antaranya lelaki terbabit diminta untuk membayar sos tambahan walaupun terdapat pembelian makanan.

"Manakala versi kedua pula pekerja mendakwa dipaksa untuk menjual sos cili paket walaupun sudah diterangkan bahawa tiada pembelian sos cili dibenarkan kerana diberikan secara percuma," katanya.

Christopher berkata, menerusi semakan 'Integrated Police Reporting System' (IPRS) dilakukan mendapati terdapat satu laporan polis yang dibuat berhubung kes itu oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka.

"Ia susulan tindakan kompaun yang diambil ke atas premis terbabit kerana tidak mempamerkan tanda harga.

"Berhubung kes ini siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik resit pembelian sos cili paket berharga RM10.60 untuk 10 paket sos di sebuah restoran makanan segera terkemuka di Ayer Keroh susulan itu ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pil-beri-keterangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035604 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list