CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4346|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Dulu ramai tak senang'

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode

IBRAHIM akan memastikan peralatan pengurusan jenazah dan van jenazah sentiasa tersedia untuk digunakan ketika ditemui di Persatuan Skuad Amal Rembau di Taman Chembong Jaya, Rembau. FOTO AZRUL EDHAM

Rembau: Pada awal penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan perkhidmatan van jenazah percuma, banyak pihak memandang sebelah mata dengan khidmat ditawarkannya.

Namun, selepas hampir lima tahun beroperasi, Ibrahim Hamzah, 34, kini tidak menang tangan, malah terpaksa mengorbankan banyak masa bersama keluarga demi memastikan setiap tugas yang diamanahkan dilaksanakan dengan sempurna.

Ibrahim berkata, dia menubuhkan Persatuan Skuad Amal Rembau pada 2018 menggunakan sebuah van kerja miliknya dan kini sudah mempunyai lima van.

"Pada awal penubuhan dulu, ramai yang tidak senang dengan khidmat saya tawarkan kerana seolah-olah menyekat rezeki pihak yang menawarkan pengurusan jenazah berbayar. Namun, kini masyarakat terutama di Rembau mula membuka mata dan menerima kami.

"Bagaimanapun, cabaran kini adalah ketiadaan sukarelawan tetap menyebabkan saya perlu menguruskan semua urusan seperti diminta waris," katanya ketika ditemui.

Ibrahim yang bekerja sebagai kontraktor binaan berkata, dia kini tidak berani untuk bercuti bersama keluarga ke mana-mana lokasi kerana khuatir tiada sukarelawan akan menguruskan jenazah.

"Kematian ini kita tidak boleh jangka dan berlaku bila-bila masa, siang, malam atau awal pagi. Memang kena sentiasa bersiap sedia sepanjang masa.

"Pada hari raya juga saya tidak berani keluar bercuti ke lokasi jauh. Lebih-lebih lagi kini kami turut menawarkan khidmat memandikan, menguruskan dan menghantar jenazah," katanya.

Tambah Ibrahim, semua diuruskannya adalah percuma dan tiada caj tersembunyi namun tetap bersyukur kerana sentiasa dimudahkan dan dimurahkan rezeki.

"Kebiasaannya pihak keluarga akan memberi sedikit imbuhan, bergantung kepada mereka, tiada jumlah ditetapkan. Ada juga pihak yang menyumbangkan dana," katanya.

Katanya lagi, kini hanya dia seorang yang menjadi sukarelawan sepenuh masa selepas dua rakan yang aktif dalam skuad amalnya itu meninggal dunia baru-baru ini.

"Sebenarnya ramai sukarelawan yang menawarkan diri, namun kebanyakan mereka mempunyai komitmen sendiri. Jika ada individu di sekitar Rembau yang berminat dan mampu memberikan komitmen, boleh hubungi saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... lu-ramai-tak-senang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 2.198370 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list