CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4200|Reply: 0

[Melaka] Kapal dagang ‘sekat’ pendapatan 240 nelayan di Melaka

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode

NELAYAN di Melaka dakwa hilang punca pendapatan selepas lokasi utama penangkapan ikan dipenuhi kapal dagang yang berlabuh. Foto oleh oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Lebih 240 nelayan melibatkan tujuh pengkalan dekat sini mendakwa hilang punca pendapatan selepas kawasan utama pencarian sumber hasil laut kini dipenuhi dengan aktiviti pelabuhan kapal dagang.

Ketua Komuniti Nelayan Pangkalan Tanjung Kling, Aziz Jaapar, 59, berkata, masalah tersebut berlanjutan sejak 2015 dan sehingga kini para nelayan dibiarkan ‘menderita’ meskipun pelbagai aduan dan cadangan telah dibawa ke peringkat pentadbiran kerajaan negeri.

Ujarnya, aktiviti pelabuhan tersebut bukan sahaja menyebabkan para nelayan terpaksa beralih ke kawasan tengah laut, malah turut menyebabkan peralatan menangkap seperti pukat menjadi rosak apabila dilanggar kapal dagang berkenaan.

“Sekarang ini sehari nak dapat RM70 pun susah sebab kawasan utama tempat kami mencari rezeki dipenuhi kapal dagang yang berlabuh, bahkan jaring kami rosak sebab tersangkut pada kapal.

“Bila minta kerjasama untuk alihkan kalal, mereka kata tak boleh kerana Jabatan Laut telah menetapkan koordinasi. Jadi macam mana kami mahu cari rezeki, sekarang bukan beras je tak ada, nak beli beras pun tak ada duit,”katanya ketika ditemui pemberita di Pangkalan Kampung Hailam di sini, kelmarin.

Tambahnya, isu tersebut turut dialami oleh para nelayan melibatkan enam pengkalan lain termasuk Pantai Puteri, Balik Bukit, Tanjung keling, Sungai lereh, Klebang dan Perigi.

Sementara itu, seorang nelayan muda, Nur Muhammad Azri Mustafa, 33, memberitahu, sebelum ini tindakan pewartaan zon kapal telah diambil, namun persempadanan yang dilakukan perlu dikaji semula susulan pertembungan yang masih berlaku di perairan perikanan berkenaan.

“Pada Mei lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh ada tegaskan berkenaan zon kapal dan zon nelayan tetapi sekarang (masalah) tak berubah, lagi bertambah kapal.

“Saya sebagai generasi muda yakin kalau isu ini tidak diambil serius maka tidak akan ada lagi penerus dalam sektor nelayan ini, kalau gaji minumum kerajaan kata sekarang RM1,500 sebulan berbanding saya ke laut cuma dapat RM900, lebih baik saya kerja di pam minyak” ujarnya.

Luahnya, meskipun kerajaan telah memberikan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada para nelayan, namun peruntukan itu tidak dapat mengurangkan bebanan sekiranya golongan itu hilang punca pendapatan utama mereka.

“Memang ada bagi bantuan kepada kami tetapi dengan isu kapal dagang, aktiviti penambakan, kes pencemaran arang batu dan banyak lagi, macam mana para nelayan ni hendak mencari rezeki untuk menampung hidup?.

“Saya sendiri terpaksa usahakan peralatan moden untuk mencari ikan di tengah laut seperti sistem kedudukan global (GPS), sonar dan robot dengan modal mencecah RM60,000. Ikan parang dan tenggiri semua dah susah nak dapat,” jelasnya.

Shaari Rabu, 54, pula memberitahu, kerajaan negeri perlu menetapkan persempadanan zon perikanan sekurang-kurangnya pada kedudukan 10 batu nautika daripada pesisir pantai.

“Kita minta kawasan ini bebas daripada sebarang aktiviti kapal dagang bagi menjamin kelangsungan sektor nelayan dan mengelakkan kami daripada menanggung kerosakan peralatan menangkap ikan yang mencecah ribuan ringgit,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -nelayan-di-melaka/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.838894 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list