CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4826|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sampai hati buat 'Meow' begini

[Copy link]
Post time 1-10-2023 01:03 PM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN gambar tular menunjukkan keadaan anak kucing yang dianiaya dan dipenuhi cat putih. FOTO media sosial

Kuala Lumpur: Tindakan individu tidak bertanggungjawab dengan membuang dan menyimbah cat putih ke atas seekor anak kucing mengundang kemarahan warganet selepas rakaman gambar penganiayaan terhadap haiwan itu tular di media sosial.

Ia selepas pengguna akaun X (dahulunya Twitter) iaitu @izzat_bashir membuat ciapan mengenai keadaan anak kucing itu yang ditemukan di sebuah universiti awam di Gombak, Selangor.

Menerusi ciapan sama, pengguna akaun itu memaklumkan sudah membuat laporan kepada pihak berkaitan mengenai perkara itu.

"Siapa pun kalau tak suka binatang, janganlah zalim. Buanglah dia dekat tempat lain ka (kah) apa ka (kah). Tapi janganlah buat aniaya macam ini. Kasihan. Haih aku tak sampai hatilah. Apa pun aku dah maklumkan pihak berkenaan untuk uruskan.

"Aku dah serah kepada polis bantuan. Mereka kata akan cubalah (ambil) apa-apa (tindakan). Aku harap dia (kucing) survive (selamat) lah. Kasihan," ciapnya.

Menerusi ciapan lain, pengguna akaun itu turut memuat naik gambar anak kucing yang diberi nama 'Meow' selepas dibersihkan.

"Kemas kini, 'Meow' dah bersih lepas mandi cuma lemah sikit," ciapnya.



RAKAMAN gambar tular anak kucing yang dianiaya sudah dibersihkan. FOTO media sosial

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ti-buat-meow-begini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.084954 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list