View: 6098|Reply: 1
|
[Johor]
Penyakit genetik tidak halang Arisha ke menara gading
[Copy link]
|
|
ARISHA Maisarah menunjukkan kedua kakinya yang memakai peralatan sokongan untuk berjalan kerana keadaan penyakit genetik, kaki lemah. FOTO Omar Ahmad
Johor Bahru: Penyakit genetik yang menyebabkan pergelangan kedua kakinya lemah sehingga memerlukan alat sokongan tidak menjadi penghalang bagi Arisha Maisarah Nasruddeen, 20, berdikari dan meneruskan cita-citanya ke menara gading.
Anak kedua daripada tiga beradik dari Batu Gajah, Perak menghidap penyakit itu sejak berusia enam tahun menyebabkan pergerakannya terbatas dan tidak boleh berdiri lama.
"Saya ada kekurangan tapi saya kena anggap ia sebagai cabaran yang perlu ditempuhi. Saya kini jauh dari keluarga dan perlu berdikari walaupun sebenarnya hendak berdiri lima minit pun rasa tidak stabil.
"Alhamdulillah, kemudahan yang universiti berikan saya dapat kediaman dekat dengan bangunan akademik, kafe dan kemudahan lain. Malah bilik saya juga berada di aras bawah," katanya ketika ditemui pada sesi pendaftaran mahasiswa baharu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sesi 2023/2024 di Skudai di sini, hari ini.
Seramai 3,482 mahasiswa baharu memulakan sesi akademik bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa dan Program Ijazah Antarabangsa (IDP) bermula hari ini.
Semangat sama dikongsi mahasiswa orang kurang upaya (OKU) buta sebelah mata, Fatimahtul Nur Amierra Amir Hassan,19 yang berasal dari Kota Belud, Sabah.
Katanya, kehilangan penglihatan mata kanan seawal usia lima bulan, membataskan jarak penglihatannya.
"Saya mula pakai mata palsu semasa berusia 14 tahun, jujurnya saya rasa takut dan bimbang sebab berjauhan dari keluarga.
"Tetapi saya yakin ramai yang membantu. Ketika di kelas saya akan memilih untuk duduk di bahagian hadapan supaya dapat melihat lebih jelas," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ha-ke-menara-gading |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|