View: 763|Reply: 0
|
[Kelantan]
Penganjur konsert berunsur punk guna alasan mahu jual barangan terpakai
[Copy link]
|
|
Jumaat lalu, tular satu video berdurasi satu minit 29 saat yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang berhibur yang dipercayai membawa imej skinhead, punk atau kaki metal.- Foto tangkap layar daripada Facebook
KOTA BHARU: Penganjur konsert berunsur punk yang diadakan di Gua Musang, pada 23 September lalu, membuat permohonan untuk menggunakan dewan milik KESEDAR dengan alasan mahu menjual barangan terpakai.
Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah, berkata perbuatan sekumpulan anak muda itu hanya disedari selepas penduduk kampung menghubungi pihak KESEDAR untuk memaklumkan perkara berkenaan.
"Hasil siasatan mendapati penganjur tidak membuat permohonan untuk melakukan sebarang persembahan bagi mendapatkan permit hiburan dengan pihak berkuasa tempatan.
"Sebaliknya penganjur yang juga anak peneroka hanya membuat permohonan bagi menggunakan dewan milik KESEDAR dengan alasan mahu menjual barangan terpakai.
"Disebabkan itu tindakan sekumpulan anak muda berkenaan tanpa pengetahuan pihak PBT," katanya ketika dihubungi.
Jumaat lalu, tular satu video berdurasi satu minit 29 saat yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang berhibur yang dipercayai membawa imej skinhead, punk atau kaki metal.
Mengulas lanjut beliau berkata, susulan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK) sudah mengambil keterangan penganjur dan kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan.
"Kita serahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau turut mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengadakan sebarang penganjuran tanpa lesen sama ada daripada pihak premis mahupun PBT.
https://www.bharian.com.my/berit ... l-barangan-terpakai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|