View: 544|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima bagi Program Ramadan Bersama kumpul RM508,300
[Copy link]
|
|
Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (tiga kanan) menerima kenjungan dari Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Sufian Awang Piut (empat kiri) dan Pengurus Besar Pemasaran, Aman Palestin Berhad, Muhd Farhan Muhd Fadhil (tiga kiri) di Anjung Liku, Balai Berita Bangsar. FOTO AZIAH AZMEE
Kuala Lumpur: Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima mengumpul RM508,300 hasil sumbangan orang ramai sepanjang Program Ramadan Bersama yang bermula 1 hingga 30 April lalu.
Sumbangan itu memanfaatkan 2,475 keluarga terdiri daripada 12,616 individu di Gaza, Palestin yang digunakan untuk penyediaan barangan keperluan, juadah sahur dan berbuka, pakaian raya selain sumbangan wang tunai.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) Azlan Abdul Aziz berkata, inisiatif antarabangsa di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Palestin MPB, adalah usaha syarikat bagi membantu mereka yang terbabit dalam konflik politik dan bencana.
Menurut Azlan, ia dijalankan dengan kerjasama agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpengalaman luas, juga mempunyai kepakaran untuk menjalankan misi di luar negara.
"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menderma ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.
"Alhamdulillah, dana dikumpul digunakan untuk menghantar bantuan makanan kepada rakyat, terutama yang tinggal di kawasan memerlukan.
"Kerjasama dengan Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) sudah lama terjalin iaitu sejak 2012 dengan keutamaan diberikan kepada mangsa memandangkan di sana, ada konflik dan perlu dana tinggi untuk perubatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita News Straits Times Press (NSTP) Bangsar, di sini, hari ini, selepas menerima laporan sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima kepada Aman Palestin bersempena dengan sambutan Ramadan serta Syawal melalui program Ramadan Bersama.
Hadir sama Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Awang Sufian Awang Piut, Pengurus Operasi Wilayah Malaysia Aman Palestin Khairul Amin Ibrahim dan Pengurus Aman Palestin Akib Abdullah.
Menurut Azlan, kerjasama MPB dengan Aman Palestin tidak akan terhenti di sini, sebaliknya akan diteruskan pada masa akan datang.
Azlan berkata, pihaknya juga sedia bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang memerlukan pada masa akan datang.
"Rakyat Malaysia tidak henti menyumbang. Ia bukti dekatnya Palestin di hati rakyat Malaysia.
"Ada rezeki, kita akan teruskan sumbangan, selain Aman Palestin, kita jalin kerjasama juga dengan Mercy Malaysia dalam memberi bantuan perubatan selain usaha membina klinik bergerak di Gaza," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran Aman Palestin Muhd Farhan Muhd Fadhil berterima kasih kepada MPB atas usaha mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.
"Wang disalurkan signifikan dengan warga Palestin dan bagi membantu rakyat di Gaza serta sebahagian di Tebing Barat.
"Antara sumbangan diberi termasuk kotak makanan, wang tunai dengan setiap keluarga menerima AS$100 (kira-kira RM473), iftar dan hadiah Aidilfitri supaya mereka dapat merasa nikmat Syawal," katanya.
Menurut beliau, agihan dibuat secara berperingkat selama 32 hari dengan 80 peratus membabitkan Gaza dan selebihnya di Tebing Barat menerusi bantuan tujuh kakitangan Aman Palestin Berhad.
"Bantuan MPB sangat dihargai malah mereka menanti sumbangan akan datang kerana menganggap Malaysia sebahagian daripada Palestin," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adan-bersama-kumpul |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|