View: 530|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Shah Alam pula catat IPU tidak sihat
[Copy link]
|
|
Seorang pemuda memakai pelitup muka dan berpayung ketika IPU merekodkan bacaan tidak sihat akibat jerebu. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Empat lokaliti mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat petang ini, dengan terkini Shah Alam di Selangor antara turut disenarai.
Berdasarkan kemas kini laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Shah Alam merekodkan bacaan IPU 102.
Selain Shah Alam, Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan turut merekodkan IPU tidak sihat sihat dengan bacaan terkini masing-masing 157 dan 151.
Satu lagi kawasan adalah Cheras dengan caan IPU 155.
Selain empat kawasan itu, stesen pemantau di 61 lagi lokasi mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala baki tiga yang lain berada pada tahap baik.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
https://www.bharian.com.my/berit ... tat-ipu-tidak-sihat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|