CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3942|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Operasi pembenihan awan jika IPU 150 melebihi 24 jam

[Copy link]
Post time 4-10-2023 11:53 AM | Show all posts |Read mode

OPERASI pembenihan awan. FOTO NSTP.

Putrajaya: Operasi pembenihan awan (OPA) dalam negara akan dilakukan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 150 bagi tempoh melebihi 24 jam, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Nik Nazmi berkata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah mengaktifkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) yang menyenaraikan tindakan agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam pengurusan jerebu.

"Bukan sesuka hati kita boleh buat operasi ini. Pembenihan awan hanya boleh dibuat dengan keadaan tertentu sahaja dan kementerian akan terus memantau perkara itu," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pengiktirafan Wetland Studio Putrajaya (WSP) sebagai Pusat Sumber Pemuliharaan Alam Sekitar di sini hari ini.

Setakat 5 petang hari ini, tiga kawasan mencatatkan IPU pada paras tidak sihat dengan Nilai, Negeri Sembilan kekal kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 155.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) (https://apims.doe.gov.my/api_table.html), Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan IPU 154 manakala Seremban, Negeri Sembilan catat IPU 115.

Ditanya sama ada terdapat insiden kebakaran hutan dalam negara yang menyumbang kepada jerebu, Nik Nazmi mengesahkan tiada kebakaran yang berlaku baru-baru ini kecuali pada Mei lepas dan merujuk insiden tersebut sebagai 'jerebu tempatan'.

"Data yang kita terima menunjukkan ada pembakaran di luar (luar negara) dan tentunya data yang kita peroleh adalah menerusi Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi," katanya tanpa merujuk mana-mana negara.

Beliau berkata NRECC juga akan meneruskan komunikasi dengan negara rantau termasuk Indonesia dalam aspek pengurusan alam sekitar.

Dilaporkan kerajaan Indonesia melalui Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK) menafikan dakwaan berhubung jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia melintasi Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Siti Nurbaya Bakar menerusi satu kenyataan rasmi di Jakarta semalam (2 Okt) bahawa aduan Malaysia mengenai jerebu Indonesia adalah tidak tepat.

Terdahulu, Nik Nazmi mengadakan lawatan ke taman tema didik hibur (edutainment) WSP yang menampilkan teknologi dan pameran interaktif berupa alam dinasour, hidupan laut dan serangga.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 150-melebihi-24-jam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.034322 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list