CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1885|Reply: 0

[Selangor] Selangor arah JKM sedia keperluan asas banjir sekali ganda

[Copy link]
Post time 4-10-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode

Amirudin Shari ketika sidang media. FOTO BERNAMA

Shah Alam: Kerajaan Selangor mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyediakan bantuan keperluan asas banjir sekali ganda daripada jumlah yang disediakan pada kejadian bencana itu sebelum ini bagi persediaan mendepani Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia berikutan berlaku lebihan mangsa pada kejadian banjir pada 2021 yang mana ketika itu bantuan keperluan asas yang disediakan adalah untuk 5,000 mangsa.

"Ini berdasarkan pengalaman lepas yang mana kita bersiap siaga untuk 5,000 mangsa dan saya arahkan supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sediakan sekali ganda (daripada jumlah itu).

"Kita bimbang banjir berlaku seperti 2021, ada lebihan mangsa disebabkan kawasan besar (banjir). Sekarang bekalan bantuan ini diurus JKM dengan kerjasama kerajaan Negeri," katanya pada sidang media khas di Foyer SUK, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Smart Selangor Operation Centre akan mengkoordinasi dan memantau pemakluman kepada rakyat menerusi kerjasama dengan Jabatan Meteorologi selain Pusat Pemindahan Sementara bagi kawasan berisiko bencana akan ditambah fasiliti seperti keperluan asas dan bekalan kit makanan.

Katanya, keperluan lain terutama aset seperti bot juga dalam keadaan baik dan boleh digunakan bila-bila masa selain pasukan Sukarelawan Selangor (Serve) sentiasa bersiap siaga turun berkhidmat.

Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga turut menjalani latihan simulasi sebagai persediaan berdepan situasi sebenar sekali gus menjamin kelancaran operasi menyelamat.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Pertahanan Awam juga diarah menyediakan aset dalam keadaan baik.

"Semua PBT, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, dan jabatan lain yang berkaitan juga sudah dipertanggungjawabkan untuk segera membersihkan kolam takungan, saliran, parit dan longkang terutamanya di kawasan berisiko tinggi banjir bagi membolehkan sistem saliran air berfungsi secara optimum sebelum memasuki awal November," katanya.

Amirudin berkata, pusat media akan dibuka di Bangunan SUK (bangunan pentadbiran kerajaan Negeri) atau tempat ditetapkan bagi menyampaikan maklumat semasa sekiranya berlaku kejadian banjir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... banjir-sekali-ganda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035034 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list