CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1767|Reply: 0

[Perak] Perak akan bangunkan makmal nadir bumi bukan radioaktif

[Copy link]
Post time 5-10-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode

SAARANI berkata kerajaan negeri mendapat persetujuan untuk membangunkan makmal bagi unsur nadi bumi bukan radioaktif. FOTO NSTP.

Ipoh: Kerajaan Negeri Perak telah mendapat mendapat persetujuan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) ketika Mesyuarat Mineral Negara pada Isnin lalu untuk membangunkan sebuah makmal bagi unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) lantanid di negeri ini.

Perkara itu didedahkan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-55 Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Perak di sini malam ini.

"Makmal ini ditubuhkan bersama Menteri Besar Incorporated (MB Inc Perak), Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Jadi kita akan menjadi perintis dengan pembinaan makmal pertama dalam Malaysia yang mengendalikan uji kaji melibatkan unsur nadir bumi, jadi mana-mana pihak dari negeri lain yang melakukan cari gali dan hendak buat ujian mereka kena datang ke Perak untuk guna pakai makmal kita," katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai dan Pengerusi FMM Perak, Chua Kay Lin dan barisan exco kerajaan negeri.

Saarani berkata, semasa mesyuarat bersama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Perak telah meminta untuk meneroka pembukaan kilang-kilang menghasilkan bahan-bahan pertengahan dan hiliran NR-REE.

"Kementerian juga bersetuju untuk membenarkan Perak memperluas operasi kawasan perlombongan NR-REE seperti yang kita pohon sebelum ini.

Malah kita mahu menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua mineral diproses di dalam negara sebelum dibawa keluar, jadi kita minta untuk kembangkan lagi prospek dalam produk hiliran," katanya.

Katanya, setakat Julai lepas operasi projek perintis perlombongan NR-REE di Mukim Kenering dekat Gerik berjaya menjana hasil royalti kepada kerajaan negeri hampir RM16 juta bagi 10 kali pengeksportan produk akhir lombong iaitu nadir bumi karbonat (REC) ke China, berbanding RM1.66 juta bayaran royalti pertama daripada pihak penggerak perlombongan itu setakat Februari lepas.

Projek perintis itu turut membuktikan nadir bumi ini bukan radioaktif dan pengekstrakan melalui "in situ leaching" adalah kaedah terbaik dan tidak mencemarkan alam sekitar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mi-bukan-radioaktif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.035996 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list