|
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan beberapa kawasan di sembilan buah negeri bakal dilanda hujan lebat serta ribut petir, pagi ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawangnya, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Perak.
“Selain itu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Johor serta kawasan pantai di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pula dijangka mengalami hujan lebat di satu dua tempat,” katanya dalam hantaran sama.
Tambah MetMalaysia, di Sarawak, cuaca buruk yang sama diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Miri dan Limbang.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -negeri-pagi-ini-2/ |
|