View: 4131|Reply: 0
|
[Perak]
Balasan pukul isteri, penganggur dipenjara 6 bulan
[Copy link]
|
|
KUMARAN yang dihukum penjara enam bulan kerana mencederakan isteri dan gagal memberikan kad pengenalan. FOTO L Manimaran.
Ipoh: Penganggur dihukum penjara enam bulan Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana sengaja mencederakan isterinya, Rabu lalu.
Hukuman diputuskan Majistret Siti Nora Sharif selepas tertuduh, R Kumaran, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.
Lelaki itu dituduh menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, R Santhini, 32, di sebuah rumah di Taman Kledang Emas, di sini pada 6.45 petang, 4 Oktober lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kumaran turut dihukum penjara enam bulan kerana gagal memberikan kad pengenalan ketika diminta polis, dengan kesalahan dilakukan di rumah sama pada 1.20 tengah hari, 5 Oktober lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Siti Nora memerintahkan hukuman penjara untuk kedua-dua pertuduhan berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Nabilah Norzam, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Negara (YBGK), M Kanthan.
Berdasarkan fakta kes, lelaki itu didakwa meminta isterinya wang, namun mangsa enggan memberikannya sebelum dia menampar pipi kiri wanita berkenaan hingga cedera.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-dipenjara-6-bulan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|