CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3832|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kena tindakan jika pamer Darjah Kebesaran, Pingat Negeri Pahang pada kenderaan

[Copy link]
Post time 15-10-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Razarudin Husain (kanan).

Kuala Lumpur: Individu yang masih berdegil dengan mempamerkan lambang Darjah Kebesaran atau Pingat Negeri Pahang pada kenderaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melarang mana-mana individu mempamer darjah kebesaran negeri itu.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil maklum titah Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Pahang berhubung penggunaan lambang darjah kebesaran negeri itu.

"Tindakan mempamer atau melekat lambang darjah kebesaran oleh penerima darjah negeri adalah kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 3(1)(D) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah Pahang 2017.

"Enakmen memperuntukkan tiada seorang pun boleh (mempamer darjah) kecuali dengan kebenaran bertulis daripada baginda untuk mempamer atau melekat apa saja lambang, gelaran, anugerah atau replika mengenainya pada kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang diberi peringatan untuk tidak mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat negeri pada kenderaan mereka.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, peringatan itu dibuat bagi menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini bersemayam di Istana Negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -negeri-pahang-pada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.693823 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list