CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 566|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] Ahli Parlimen dilarang buat penstriman langsung dalam sidang Dewan Rakyat

[Copy link]
Post time 16-10-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode

JOHARI, gambar fail. FOTO tangkap layar Ihsan Facebook Parlimen dan RTM

Kuala Lumpur: Berkuat kuasa hari ini, semua Ahli Parlimen dilarang membuat penstriman langsung menerusi peranti masing-masing ketika Dewan Rakyat bersidang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata, sejak kebelakangan ini, meningkat trend Ahli Parlimen memasang peranti seperti telefon bimbit di meja untuk membuat penstriman langsung di media sosial ketika mereka berucap pada sesi persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

Katanya, perbuatan segelintir Ahli Parlimen itu melanggar Peraturan Mesyuarat 35(1).

"Untuk makluman, Peraturan Mesyuarat 35(1) mengkehendaki Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk mengarahkan sebarang ucapan kepada Pengerusi.

"Tindakan beberapa Ahli Yang Berhormat berucap dengan tidak mengarahkan (memandang) ucapan itu kepada Pengerusi dan memandang peranti yang dipasang jelas tidak mematuhi peraturan itu.

"Untuk memastikan Yang Berhormat mematuhi Peraturan Mesyuarat 35(1), saya dengan ini menetapkan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak lagi dibenarkan untuk memasang sebarang peranti bagi membuat live streaming (penstriman langsung) dalam Dewan Rakyat," katanya pada Pemahsyuran Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15, hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Parit Buntar Mohd Misbahul Munir Masduki bangun mencelah bagi memohon Johari mempertimbangkan semula keputusan itu selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Johari berkata, ucapan mereka boleh ditonton melalui siaran langsung sidang Dewan Rakyat di YouTube rasmi Parlimen Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan media massa lain.

"Kalau Yang Berhormat nak gunakan sebagai apa-apa tujuan, boleh ambil dari situ (RTM dan YouTube) dan ubah suai kerana ketika kamu cakap kepada audien kamu, tumpuan kamu tak ada lagi dalam Dewan Rakyat.

"Saya kat (di) atas ini perhati dan nampak dia akan adjust (melaraskan) setengah jam dan bila dia berucap, dia bercakap dengan audiens jadi dia tak berbincang masalah rakyat dalam dewan tetapi dia komunikasi dengan audiens dia.

"Ini sangat teruk, sebab itu saya minta bila datang sini, Yang Berhormat harus menyelesaikan masalah dengan meletakkan keutamaan untuk rakyat," katanya.

Bagaimanapun Johari berkata, beliau terbuka dan mengalu-alukan pandangan ahli parlimen untuk berbincang dengan jawatankuasa bagi menambah baik peraturan ditetapkan.

"Apa-apa juga yang kita tak puas hati, kita ada jawatankuasa jadi bolehlah Yang Berhormat tulis (kepada) jawatankuasa akhirnya kita ubah pindaan mesyuarat.

"Tiada masalah kerana peraturan bukan saya buat tapi kita semua melalui satu jawatankuasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sidang-dewan-rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2023 11:44 AM | Show all posts
Iols nak tumpang komen kat sini..

iols dah beberapa kali follow live persidangan dewan rakyat ..

Iols tertanya2... bunyi apa yg selalu mcm spin machine tu?

Mmg bunyi tu dalam dewan rakyat?

sbb bunyi tu sebiji bunyi iklan game2 spin kat google tu.

harap ada yg tolong mencerahkan..hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.501721 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list