CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bekalan ayam tiada masalah, harga mungkin tidak menentu - Fomca

[Copy link]
Post time 16-10-2023 06:07 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) berpandangan harga ayam mungkin tidak menentu, sama ada naik atau turun, susulan cadangan kerajaan mengapungkan harga dan tidak melaksanakan lagi kawalan harga sementara bagi telur dan ayam.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Saravanan Thambirajah berkata, apa pun setakat ini pasaran tempatan sudah tidak menghadapi masalah berdasarkan bekalan ayam malah penawaran ayam tempatan pun banyak.

"Lagipun sebagai tambahan, kita memang mengimport ayam dari luar negara. Jadi penawaran ayam memang tiada masalah. Pada masa ini memang apabila harga diapungkan, harga kemungkinan besar akan naik antara dua peratus hingga tiga peratus atau pun harga juga ada kemungkinan sedikit.

"Sebabnya elemen persaingan di antara hypermarket (pasar raya besar) dengan industri. Jadi masing-masing akan menggunakan harga ayam untuk tarik pelanggan ke premis mereka...kemungkinan kita juga akan tengok harga ayam menurun sikit," katanya.

Beliau berkata, setakat ini Fomca berpandangan apabila harga ayam diapungkan ia mungkin tidak akan memberi kesan yang banyak kepada perbezaan harga berkenaan.

"Tetapi mengenai telur, memang kami dapat banyak maklumat dari orang ramai masih ada kekurangan bekalan telur ayam di sesetengah tempat. Ini kebimbangan Fomca.

"Justeru, kami harap apabila jika ada sebarang masalah mengenai harga telur di pasaran, maka kerajaan kena campur tangan," katanya.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu, berkata kerajaan bercadang harga ayam dan telur di pasaran diapungkan berdasar harga yang lebih rendah daripada harga apungan pasaran.

Beliau dilaporkan berkata, perincian langkah itu akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam tempoh dua minggu lagi, selepas berunding dengan pihak pengeluar.

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan tiada kenaikan yang tidak munasabah oleh syarikat atau peniaga yang terbabit.

Ketika ini kerajaan menanggung sebanyak RM3.8 bilion untuk subsidi telur dan ayam, yang berlangsung berterusan dan tidak hanya pada musim perayaan sahaja serta subsidi itu juga turut dinikmati oleh orang kaya dan warga asing.

Trend semasa menunjukkan bekalan ayam dan telur mula stabil serta harga pasaran bagi bahan mentah berkenaan kini berada di bawah harga siling.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tidak-menentu-fomca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.050913 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list