CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2271|Reply: 0

[Johor] Strok haba: Dua masih dirawat di ICU, lima wad biasa

[Copy link]
Post time 17-10-2023 10:51 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Johor Bahru: Dua pegawai muda yang menjalani kursus tempur di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Ulu Tiram, yang mengalami simptom strok haba, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan Kecemasan (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan hari ini berkata, kedua-dua penuntut itu sudah sedarkan diri dan beransur pulih, namun masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.

"Dua daripada tujuh penuntut yang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT) sudah juga sudah dibenarkan keluar, manakala lima lagi kini masih berada di wad, namun keadaan mereka dilaporkan stabil.

"Tentera Darat memandang serius berkenaan insiden ini dan akan berusaha mengenal pasti punca kejadian di samping melaksanakan penambahbaikan kepada pengendalian sistem latihan sedia ada, jika perlu.

"Tentera Darat juga sedang mengusahakan segala bentuk bantuan dan kelayakan yang boleh diperoleh mengikut peraturan sedia ada bagi membantu waris pegawai yang meninggal dunia iaitu Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar," katanya.

Pegawai Muda Kor Risik Diraja (KRD) berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di HSI, pada Sabtu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor, semalam.

Dalam pada itu, Tentera Darat menjelaskan, PULADA kini sedang mengendalikan Kursus Tempur Pegawai Muda Siri 3 Tahun 2023 dari 18 September lalu sehingga 5 Januari 2024 di Johor.

Kursus berkenaan adalah kursus asas bagi membentuk tahap kompetensi dan profesionalisme sebagai pegawai muda Tentera Darat.

Menjelaskan kronologi kejadian, Tentera Darat berkata, pada 13 Oktober bersamaan Jumaat lalu, ketika sedang melaksanakan Eksesais WIRA LASAK iaitu Ujian Jalan Laju lapan kilometer di sekitar kawasan Lapang Sasar Utara, PULADA, Ulu Tiram, Johor, 10 penuntut kursus rebah secara berperingkat di beberapa lokasi sepanjang laluan eksesais berlangsung.

Kesemua penuntut kemudian dirujuk ke HKT untuk mendapatkan rawatan awal, manakala tiga daripada mereka dirujuk ke Wad ICU (Zon Merah) HSI kerana tidak sedarkan diri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -icu-lima-wad-biasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.527074 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list