CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3662|Reply: 0

[Melaka] Tempurung kepala Naira dibuang, tak dapat pergi sekolah

[Copy link]
Post time 17-10-2023 11:30 AM | Show all posts |Read mode

Mastura banyak menghabiskan masa menjaga Naira di rumah mereka di Kampung Ramuan Cina, Melaka.

ALOR GAJAH – Seorang ibu tidak menyangka masalah mata kanan anaknya yang sukar dibuka selain kerap muntah-muntah memberi petanda buruk mengenai penyakit berkaitan neurovaskular, Malformasi Arterio Vena (AVM) yang dialami kanak-kanak berusia 10 tahun itu.

Menurut Mastura Dahan, 45, episod hitam itu bermula pada 25 Ogos lalu apabila anak perempuannya, Naira Madheeya Nor Afratsim disahkan mengalami masalah bengkak pada otak.

Katanya, kemuncak kepada masalah itu apabila dia bersama suaminya, Nor Afratsim Hashim, 46, terpaksa membawa Naira ke Hospital Melaka.

“Doktor maklumkan otak Naira membengkak dan perlu dibedah dengan segera.

“Sebahagian tempurung kepalanya telah dibuang, namun perlu menjalani pembedahan susulan dengan kos RM30,500 pada 11 November ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Ramuan Cina baru-baru ini.

Tambahnya, selain masalah itu, saraf tiga mata kanan Naira juga telah rosak sehingga penglihatannya semakin terhad.

“Naira sangat rindukan untuk pergi ke sekolah dan bermain seperti kanak-kanak lain, tetapi kini dia hanya terlantar di atas kantil,” katanya.

Kata Mastura, pendapatan suaminya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang sebanyak RM1,500 tidak mencukupi untuk menampung ke­perluan pembedahan.

“Kami juga perlu menanggung empat lagi anak yang bersekolah berusia lapan hingga 16 tahun, jadi memang duit perbelanjaan untuk merawat Naira ini tidak mencukupi,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 162143031269 atas penama Nor Afratsim Hashim.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... apat-pergi-sekolah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.919538 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list