CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6935|Reply: 0

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ketinggalan babak pertama

[Copy link]
Post time 17-10-2023 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ketinggalan babak pertama

Pemain Malaysia, Mohd Arif Aiman cuba melepasi pemain Tajikistan pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI


KUALA LUMPUR: Malaysia ketinggalan 0-1 di tangan Tajikistan selepas tamat babak pertama final Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Malaysia jelas bergelut untuk mencari 'lubang' bagi mengatasi skuad muda Tajikistan yang tidak memberi sebarang ruang kepada pemain negara sekalipun lebih banyak mengatur serangan.

Di sebalik dominasi Malaysia, Tajikistan terlebih dahulu beroleh peluang pertama menerusi percubaan Shukurov Alisher yang diselamatkan Ahmad Syihan Hazmi pada minit ke-13.

Sepakan percuma Safawi Rasid di sudut yang baik pada minit ke-19 hanya tepat ke dakapan Baratov Daler sebelum tangan Daler 'berdenyut' menahan rembatan jarak jauh Brendan Gan pada minit ke-26.

Malaysia akhirnya terpana apabila Tajikistan merobek gawang skuad negara menerusi penyudah Soirov Rustam pada minit ke-44 dan Daler cemerlang menepis tandukan Matt Davies di hujung babak pertama.

Ketinggalan satu gol, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon pasti membuat pertukaran pada babak kedua selepas jentera serangan tidak memberi impak seperti diharapkan.

Masih ada pemain seperti Akhyar Rashid dan Sergio Aguero di bahagian serangan ataupun Stuart Wilkin, Nooa Laine atau Mukhairi Ajmal Mahadi bagi memperkukuhkan jentera tengah.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... galan-babak-pertama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.039312 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list