Korea Selatan sangat terkenal dengan keunikan budaya dan tempat-tempat pelancongan.
Adakah anda sedang merancang untuk melancong ke negara terkenal dengan K-Pop ini?
Adakah anda sudah tahu tempat-tempat menarik di Korea Selatan yang boleh anda kunjungi?
Perkongsian kali ini adalah khas buat pencinta pulau. Kalau berkesempatan ke Korea Selatan, jangan lupa lawati beberapa pulau dengan panorama indah ini.
1. [size=1.40em]Pulau Jeju (Jejudo
[size=1.40em]
Jejudo atau lebih dikenali sebagai Pulau Jeju, atau juga dikenali sebagai “Pulau Para Dewa", merupakan tempat percutian paling popular bagi masayarakat Korea dan juga pelancong-pelancong antarabangsa.
Ia merupakan salah satu destinasi berbulan madu paling digemari oleh pasangan pengantin di Korea.
Campuran pulau ini terdiri daripada gunung berapi, hujan yang kerap, dan iklim sederhana, membuatkan ia hampir sama dengan kepulauan Hawaii.
Pulau ini menawarkan para pengunjung pelbagai aktiviti seperti mendaki pada Halla-san (puncak tertinggi Korea Selatan), melihat matahari terbenam di atas lautan, melihat air terjun yang hebat dan tiub lava, Jeju Loveland, menunggang kuda, atau sekadar berbaring di atas pasir pantai.
2. [size=1.40em] Pulau Dongbaekseom
[size=1.40em]
Dongbaekseom Island atau Pulau Dongbaeksom merupakan sebuah pulau yang bukan 100% pulau. Hal ini kerana ia bercantum dengan tanah di kota Busan.
Ia disebabkan oleh proses pemendapan yang berlaku.
Keindahan panorama pulau ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk anda temukan di tempat lain. Keindahannya akan menjadi semakin sukar untuk diungkapkan tatkala matahari terbenam.
Tarikan lain yang ada disini adalah rumah apinya. Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk kesini!
3. [size=1.40em] Sindo Island
[size=1.40em]
Sindo Island atau Pulau Sindo ini agak unik sebenarnya. Ia merupakan salah satu daripada tiga buah pulau yang dihubungkan dengan jambatan.
Dua pulau lain yang ada adalah Pulau Sido dan juga Pulau Modo.
Pulau Sindo ini pula terletak diantara kedua-duanya. Menariknya di Pulau Sindo ini adalah, ia mempunyai sebuah pantai yang dikenali sebagai Pantai Sugi. Ia merupakan destinasi yang sangat terkenal sebagai sebuah tapak perkhemahan untuk pelancong dalam dan juga luar negara.
Kalau anda nak menjelajah pulau ini, anda boleh lakukannya dengan berbasikal yang merupakan aktiviti utama disini.
4. [size=1.40em] Nami Island
Nami Island atau Pulau Nami merupakan sebuah pulau yang agak unik kerana bentuknya seakan-akan bulan sabit. Ia merupakan hasil daripada pembinaan Empangan Xheongpyeong.
Ada sejarah mengatakan bahawa Pulau Nami ini merupakan tempat bersemadinya General Nami yang merupakan ketua kepada kemenangan besar terhadap pemberontak.
Menarik mengenai Pulau Nami ini adalah ia tidak mempunyai tiang telefon kerana semua wayar ditanam didalam tanah untuk mengekalkan landskap asal pulau ini.
Selain dari pemandangannya yang indah, Pulau Nami juga menyediakan restoran berstatus halal disini.
Sumber: Melancong.my
|