Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berucap pada ceramah sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam. - Foto NSTP/Faiz Anuar
SHAH ALAM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencabar Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk mengemukakan bukti bahawa beliau mencaci Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti didakwa.
Sambil menyifatkan tuduhan dilemparkan Rayer itu sebagai tidak berasas, Muhammad Sanusi mahu pihak berkenaan mengemukakan bukti.
"Kalau (Ahli Parlimen) Jelutong (RSN Rayer) anak jantan, kalau berani mai (datang), hang jangan dok salah begitu. Apa yang saya caci, bagitau (beritahu)," katanya dalam pidato empat Menteri Besar sempena Muktamar Tahunan PAS, malam ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
RSN Rayer.
Muhammad Sanusi berkata, Rayer mengeluarkan kenyataan itu di Parlimen dan memberi amaran supaya ahli Parlimen itu tidak lagi 'menyalak' tanpa bukti.
"Jangan dok menyalak di belakang tu, aku nak dengar hang tuduh aku caci PM (Perdana Menteri). Caci tang (dekat) mana.... apa yang aku caci," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sanusi meminta Kerajaan Persekutuan untuk lebih adil dan memberikan peruntukan kepada negeri pembangkang.
"Parti apa pun bila jadi kerajaan, parti itu sudah hilang sebab dia dah jadi kerajaan kepada semua orang. Itu tanggungjawab mereka.
"Tak boleh la pilih bulu, sekarang ni 74 ahli Parlimen tidak dapat peruntukan kerana depa (kerajaan) kata mereka ini bukan sebahagian daripada mereka, jadi tak layak dapat peruntukan.
"Itu diskriminasi, satu (tindakan) tu salah dan kedua berdosa," katanya.
Tambahnya, ada rakyat yang mengundi di kawasan Perikatan Nasional (PN) tidak dapat sebarang peruntukan serta kebanyakan mereka mendoakan supaya tuhan membalas kezaliman itu.
"Satu hari nanti hangpa kena, kerajaan ini akan jatuh. Kita harap begitulah, kita akan terus doa supaya kucar kacir antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional(BN) akan berlarutan dan kerajaan nanti akan beralih (bertukar).
"Sebab di Kedah dan Perlis, kita salurkan peruntukan kepada pembangkang, ini baru 'gentleman'. Harap kerajaan persekutuan ni gentleman la macam kita ni, ini baru betul cara orang main politik bukan bacul macam hangpa," katanya.
Post time 21-10-2023 11:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
apalancut replied at 21-10-2023 10:43 AM
mcm penyokong kuat presiden modi india..kalu nmpk masjid mesti dia kate bwh masjid ade kuil hindu lame, anyway sanusibat pun same hauk jugak xserik2 kne saman , jagalah mulut tu