View: 957|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Jangan bawa sepanduk sambil tunggang motosikal
[Copy link]
|
|
ALLAUDEEN (tengah) ketika ditemu bual bersama media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur. FOTO Suharmin Yusuf
Kuala Lumpur: Orang ramai yang mahu menyertai mana-mana perhimpunan yang diadakan di ibu negara dinasihat supaya mematuhi undang-undang termasuk peraturan jalan raya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sebelum ini mengesan beberapa individu yang menyertai perhimpunan dengan menunggang motosikal sambil membawa sepanduk.
"Tindakan membawa dan mengibarkan sepanduk semasa menunggang motosikal adalah perbuatan menyalahi undang-undang kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.
"Justeru itu, kita tetap akan melaksanakan operasi lalu lintas di sekitar ibu negara bagi memastikan orang ramai patuh undang-undang khususnya peraturan jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Allaudeen berkata, pihaknya maklum mengenai kebebasan untuk berhimpun namun, ia perlu dibuat mengikut lunas undang-undang sedia ada.
"Ada di antara mereka (penganjur) membuat pemakluman kepada kami (mengenai penganjuran perhimpunan), namun ramai (penganjur) yang tidak memaklumkan apa-apa," katanya.
Mengulas mengenai Himpunan Satu Juta Malaysia bersama Palestin yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, pihaknya sudah membuat segala persiapan bagi memastikan kelancaran perhimpunan terbabit.
"Persiapan untuk himpunan malam ini di Arena Axiata, malam ini sudah digerakkan terutama oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
"Kita nasihatkan orang ramai yang mahu menyertai perhimpunan supaya patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya bagi memastikan kelancaran himpunan serta lalu lintas," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tunggang-motosikal |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|