CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1158|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penetapan kadar bayaran haji secara bersasar diteruskan

[Copy link]
Post time 24-10-2023 12:28 PM | Show all posts |Read mode


GAMBAR hiasan. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Dasar penetapan kadar bayaran haji secara bersasar yang diperkenalkan pada musim haji 1444H/2022M lalu akan diteruskan untuk musim haji 1445H/2024M.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan inisiatif Bantuan Kewangan Haji secara bersasar dari tahun ke tahun kepada golongan yang paling memerlukan selaras dengan hasrat kerajaan untuk menstruktur semula subsidi secara bersasar.

"Pada tahun 2023, TH mula melaksanakan klasifikasi jemaah haji mengikut kategori B40, M40 dan T20 (bayaran penuh).

"TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji bagi membantu jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji buat pertama kali dan kurang pendapatan untuk mencukupkan perbelanjaan tunai haji mereka.

"Ini adalah bersesuaian dengan peranan TH mentadbir semua urusan berkaitan pengendalian dan kebajikan jemaah haji Malaysia," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) adakah bantuan kewangan kos bayaran haji secara bersasar bagi kategori B40, M40 dan T20 seperti dilaksanakan musim haji tahun ini akan diteruskan pada tahun hadapan.

Mengulas lanjut, Mohd Na'im memaklumkan, 67 jemaah B40 dan M40 telah menolak bantuan kewangan haji yang layak diperolehi sebagai Dhuyufurrahman pada musim haji 1444H, sebaliknya membayar kos penuh haji kerana berpegang kepada syarat istitho'ah atau kemampuan dalam kewajipan menunaikan ibadah itu.

"Manakala seramai 396 jemaah B40 dan M40 pula mengambil inisiatif mengurangkan kebergantungan mereka terhadap bantuan kewangan haji, dengan membuat pembayaran tambahan antara RM1,000 hingga RM12,000 berbanding bayaran haji minima yang dikenakan," katanya.

Dari segi pecahan pada musim haji 1444H/2023M, katanya, peratusan jemaah haji terpilih ke Tanah Suci yang memilih secara Muassasah bagi kategori kumpulan B40 dan M40 masing-masing adalah 45.7 peratus dan 52.3 peratus.

"Manakala hanya dua peratus sahaja terdiri dari kumpulan jemaah haji T20," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bersasar-diteruskan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.421286 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list