View: 4595|Reply: 5
|
[SEJARAH]
Kisah Hubungan Diplomatik Antara Israel Dan Malaysia Yang Gagal
[Copy link]
|
|
Sejak dulu lagi, Israel memang nak sangat adakan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Tapi sampai ke sudah tak dapat. Macam-macam dah deme buat.
Persoalannya kenapa Israel beria sangat nak berhubungan diplomatik dengan Malaysia?
Semuanya bermula pada tahun 1956 apabila Moshe Sharett datang ke Kuala Lumpur. Dia ada cadangkan dekat Tunku Abdul Rahman agar seorang konsulat Israel diletakkan di Kuala Lumpur.
Lepas merdeka, konsulat tu akan dijadikan sebagai duta Israel ke Tanah Melayu. Masalah nak buat macam gitu, kena rujuk British Foreign Office dulu.
Israel pun arahkan duta deme untuk dekati British Foreign Office. British cakap orang Melayu agak tidak gemar dengan hasrat Israel tu. Apa-apahal, Israel kena tunggu Tanah Melayu merdeka dulu.
Deme tak putus asa sebab beberapa hari sebelum merdeka, David Ben-Gurion ada beri surat ucapan tahniah kepada Tunku Abdul Rahman. Siap selit pesanan nak buka kedutaan di Kuala Lumpur.
Apa yang mengejutkan adalah Israel menjadi antara yang terawal mengundi kemasukan Tanah Melayu sebagai anggota tetap PBB sebaik sahaja dah merdeka. Macam biasa, kita tetap tak nak berhubungan dengan deme.
Israel pun hantarlah Moshe Yuval untuk bertemu Tunku Abdul Rahman di Australia. Tunku cakap Tanah Melayu tak kan sesekali adakan hubungan dengan Israel. Malah kita turut berjanji dengan negara-negara Arab untuk tidak berbaik dengan Israel.
Ketika Tunku Abdul Rahman pergi London, duta Israel di sana iaitu Arthur Lurie turut bertemu beliau. Katanya Israel sangat kecewa dengan sikap dingin Tanah Melayu. Masalahnya Tanah Melayu memang tak kan adakan hubungan dengan Israel. Apa yang Israel mampu adalah cadangkan pembukaan pejabat konsulat di Singapura.
Setelah Malaysia terbentuk pada 1963, macam biasa Israel terus hantarkan ucapan tahniah. Tapi tetap tak ada hubungan diplomatik. Paling power pun, Israel hanya mampu buka syarikat dekat Malaysia je. Masa tu dapatlah di hantar seorang wakil dekat negara kita.
Itupun tak lama sebab kena halau. Israel memang kecewa sebab deme rasa dah terlambat nak pujuk Malaysia. Tambah lagi kementerian luar deme tak ambil serius benda ni.
Pada akhirnya, Malaysia menyatakan tidak akan sesekali mengiktiraf Israel. Buktinya Malaysia tidak membenarkan kapal-kapal Israel menurunkan anak kapal deme ke pelabuhan.
Malah orang yang memegang pasport Israel juga dilarang sama sekali masuk ke Malaysia.
Perkara itu diteruskan hingga ke hari ini dan Malaysia menjadi antara negara paling kuat menentang Israel di dunia.
Oleh Azmil Azali
---
Nak tahu lebih banyak tentang Yahudi, boleh baca KITAB TAMADUN YAHUDI. Cepat dapatkan sebab pembelian anda akan disumbangkan ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!
bit.ly/3MkDT6b
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bkn ka ada negara2 arab yg dah buat hubungan diplomasi dgn isreal? Aritu saudi nak sain perjanjian utk normalisasikan isreal, sbb tu tiber hamas pi serang dan jadi la mcm now..
Tunku cakap Tanah Melayu tak kan sesekali adakan hubungan dengan Israel. Malah kita turut berjanji dengan negara-negara Arab untuk tidak berbaik dengan Israel. |
|
|
|
|
|
|
|
TQ TT. rindu plak dengan pacik Otto korang. |
|
|
|
|
|
|
|
pada masa tu, apa sbb tunku ckp mcm tu ek dan tetap pendirian xmau berbaik dgn israel?
|
|
|
|
|
|
|
|
airmineral replied at 3-11-2023 01:44 PM
pada masa tu, apa sbb tunku ckp mcm tu ek dan tetap pendirian xmau berbaik dgn israel?
Kan isu palestin ni sejak 1947.. nakba 1948 kalau tak silap.. sbb tu kott.. mesia independence jauh lepaih tu..
iols dpt tau pasai nakba dan isu palestin masa undergrad 2001 gitew.. nak itut mercy mesia buat keje amal masa coti2 summer.. pastu baru sedar yg pasport mesia takleh pakai nak masuk isreal..
Setiap tahun esp bln ramadhan, mmg cakna palestin kena bedil dek serael.. dan mmg takleh wat apa2.. hanya berdoa.. sbb nak bg derma, iols tak pasti duit tu pi mana..
https://www.instagram.com/reel/CzKNJGOPzEc/?igshid=MTc4MmM1YmI2Ng== |
|
|
|
|
|
|
| |
|