CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 734|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] Serpihan tayar lori di lebuh raya berpunca daripada penggunaan tayar celup

[Copy link]
Post time 25-10-2023 03:04 PM | Show all posts |Read mode

Serpihan tayar lori di lebuh raya. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyatakan, serpihan tayar lori di lebuh raya berpunca daripada penggunaan tayar celup yang tidak mematuhi piawaian mudah pecah dan tertanggal selain ia digunakan oleh lori bermuatan berat untuk perjalanan jauh.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sesi perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga diadakan pihaknya secara berkala bagi memastikan penyelesaian penggunaan tayar celup yang tidak mematuhi piawaian itu.

Menurutnya, KKR melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa prihatin terhadap keselamatan pengguna lebuh raya dan telah mengarahkan syarikat konsesi untuk membuat rondaan secara lebih kerap.

"Ia bagi memastikan tiada objek atau halangan yang terdapat di atas lebuh raya termasuk serpihan tayar lori demi keselamatan penggunaan lebuh raya.

"Rondaan rutin oleh Pasukan Ronda dilaksanakan mengikut pusingan yang ditetapkan. Pemantauan lebuh raya juga dilakukan melalui CCTV (kamera litar tertutup) yang terdapat di beberapa lokasi tertentu dan diselia oleh pusat kawalan trafik konsesi yang beroperasi 24 jam sehari.

"Sekiranya terdapat objek atau serpihan tayar yang menghalang lalu lintas, operator di pusat kawalan trafik konsesi akan memaklumkan kepada pasukan peronda lebuh raya untuk melaksanakan kerja pembersihan dengan segera," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkaitan langkah dilakukan pengendali lebuh raya untuk memastikan keselamatan pengguna daripada risiko kemalangan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan kenderaan dan kecederaan pengguna disebabkan objek seperti serpihan tayar lori di atas jalan raya.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, pengguna lebuh raya juga boleh menuntut ganti rugi sekiranya kemalangan yang dialami mereka disebabkan oleh syarikat konsesi.

"Pengguna mesti membuktikan kesalahan itu dilakukan oleh pihak konsesi itu sendiri (kerana) tidak mengambil tindakan dengan segera disebabkan (berlaku) kemalangan tersebut.

"Banyak kes (pihak) konsesi membuat bayaran disebabkan kecuaian mereka seperti lopak, lubang dan sebagainya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ggunaan-tayar-celup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:18 PM | Show all posts
tayar terbang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.055834 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list