View: 3149|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Along pasang poster, jerit nama malukan peminjam
[Copy link]
|
|
MICHAEL Chong (dua kanan) pada sidang media di Wisma MCA, hari ini.
Kuala Lumpur: Jerit nama peminjam, memasang sepanduk mahupun poster di hadapan kediaman peminjam.
Itu tindakan sindiket pinjaman wang haram atau Along yang didapati memalukan peminjam selain turut menggunakan pembesar suara bagi mengutip hutang mereka.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima aduan daripada individu yang menjadi mangsa sindiket berkenaan.
"Kita mengambil serius perkara ini kerana bukan sahaja membabitkan keselamatan mangsa, namun mengganggu kawasan kejiranan .
"Sebelum ini, kami menerima aduan berkaitan Along dengan taktik biasa yang digunakan seperti menyimbah cat, ugutan dan gangguan.
"Namun, aduan yang kami baru terima kelmarin adalah taktik baru yang digunakan Along dengan memalukan mangsa di kawasan kediaman mereka," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Menurutnya, kumpulan terbabit menggunakan sepanduk dan poster yang dipasang di hadapan kediaman mangsa.
"Kumpulan Along ini juga menjerit nama peninjam menggunakan pembesar suara dengan niat untuk memalukan mereka.
"Tindakan ini amat melampau dan akan menyebabkan kacau ganggu selain cuba untuk menakutkan mangsa sibdiket ini turut memalukan mangsa," katanya.
Sementara itu, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk Seri Ayub Yaakob berkata, pihaknya merujuk kes ini kepada Unit Siasatan Jabatan Siaastan Jenayah Komersial Bukit Aman bagi tindakan lanjut.
"Aduan yang baru diterima baru-baru ini adalah taktik baru yang digunakan dengan tujuan memalukan mangsa dan menggunakan unsur ugutan.
"Perkara ini bukan sahaja mengganggu mangsa, namun keselamatan keluarga dan kejiranan juga akan terancam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ma-malukan-peminjam |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|