CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4350|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penggodam Malaysia lancar seruan jihad siber

[Copy link]
Post time 26-10-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode


BENDERA Palestin. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Sebuah organisasi penggodam tempatan dikenali sebagai DragonForce Malaysia melaksanakan inisiatif 'Seruan Jihad Siber' di media sosial.

Ia sebagai kempen menyokong perjuangan Palestin dan menentang kekejaman Zionis Yahudi dalam Perang Palestin-Israel yang sedang memuncak.

Difahamkan, DragonForce Malaysia menggunakan tanda pagar (hashtag) #OpsBadai, #OpsTaufan dan #Israelcuak.

DragonForce Malaysia berkata, usaha ini adalah perjuangan kecil mereka dengan bersatu di alam siber untuk menentang rejim zionis.

"Assalamualaikum, Seruan Jihad Siber. Kuatnya kita bukan kerana kemahiran menggodam, kuatnya kita bukan kerana kemahiran spam yang ditunjukkan, kuatnya kita bukan kerana media.

"Tetapi, kuatnya kita kerana kita berani dan bersatu. Walaupun sekecil perjuangan ini, tetapi kerana bersatunya kita untuk bersuara dan menentang penindasan oleh rejim laknatullah, insya-Allah akan menjadi jawapan apabila disoal di sana kelak.

"Tiada usaha yang sia-sia jika niat jihad ini ke jalan yang satu. Bersatulah saudara semua. Berjuang dan berjihadlah walau sekecil perkara.

"Buatlah apa yang termampu. Keselesaan dan kesenangan ini takkan kekal selamanya. Kebahagiaan abadi hanyalah di sana.

"Teruskanlah membadai gelora dan jiwa mereka yang sombong dalam hatinya agar sentiasa hidup dalam keadaan gentar, takut akan mati, cintakan dunia dan berasakan diri mereka pemilik kepada segalanya sedangkan kita tahu, Allah Maha Pemilik Sekalian Alam.

"Allah memiliki hati kita. Tekadkan juang, bantulah sekuat tenaga. Kami sentiasa bersama anda," kata organisasi itu di media sosial.

DragonForce Malaysia mendakwa turut berjaya menggodam pangkalan data Israel merangkumi maklumat peribadi seperti nama, umur, alamat, nombor pengenalan diri, perbankan dan pelbagai lagi terhadap zionis musuh dunia.

"Koleksi pangkalan data Israhell yang pernah digodam oleh kami dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Pangkalan data ini merangkumi maklumat peribadi seperti nama, umur, alamat, nombor pengenalan diri, pekerjaan, perbankan, dan macam-macam lagi.

"Ia sangat berguna bagi tujuan risikan atau 'intelligence' dan menjejaki bangsa laknat Israhell. Kami kepilkan di sini untuk kegunaan satu dunia," katanya.

DragonForce Malaysia menyatakan mereka bersama Gabungan Tentera Netizen dan Keyboard Warrior Malaysia turut melaksanakan operasi besar-besaran membadai ke atas Instagram rejim zionis Israel.

Memasuki minggu ketiga serangan udara, Israel sedang bersiap sedia untuk pencerobohan darat ke atas Gaza, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan yang disiarkan pada Rabu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -seruan-jihad-siber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.600176 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list