CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1417|Reply: 0

[Perak] Berhenti kerja jaga bapa uzur

[Copy link]
Post time 1-11-2023 12:23 PM | Show all posts |Read mode

FITRI Hakim memapah bapanya, Mohd Zamzuri yang uzur selepas terbabit kemalangan jalan raya dua tahun lalu. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Pasir Salak: Demi menjaga bapa yang uzur seorang pemuda sanggup meninggalkan pekerjaan tetap dan beralih kepada kerja kampung.

Itu pengorbanan dilakukan Fitri Hakim Mohd Zamzuri, 25, bagi memastikan bapa tercinta, Mohd Zamzuri Ariffin, 54, yang menderita pelbagai komplikasi akibat dirempuh kereta ketika menunggang motosikal dua tahun sentiasa terurus.

Akibat kemalangan itu, tulang kedua-dua kaki Mohd Zamzuri menjadi lemah hingga dia tidak boleh berdiri apatah lagi berjalan tanpa bantuan orang lain.

Kini, dunia lelaki itu hanya terbatas di atas katil di dalam bilik berdinding zink di Lorong Sungai Kabong, Kampung Sungai Ranggam, di sini.

Fitri Hakim berkata, bapanya kini disahkan menghidap gaot selain mengalami jangkitan kuman paru-paru serta buta mata kiri akibat katarak.

Sebelum ini, anak bongsu daripada dua beradik itu bekerja sebagai jurukaunter di stesen minyak berhampiran rumah mereka, namun sekarang kehidupannya bergantung kepada upah mengait sawit di kebun penduduk kampung.

"Kalau saya tak berhenti kerja, tiada siapa di rumah boleh bawakan ayah ke klinik sekiranya berlaku kecemasan.

"Ibu (Norlee Abdul Rahman, 52) juga tak berapa sihat untuk keluar atau memapah ayah sekiranya perlu ke tandas.

"Sebagai anak, mereka adalah tanggungjawab yang mesti saya dahulukan," katanya yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan.

Menurutnya, pendapatan hasil upah mengait sawit diperolehnya hanya sekitar RM900 sebulan dan dengan jumlah tak seberapa itu juga dia menyara kehidupan isteri, Afza Auni Fazalan, 21; anak, Auliya Mikayla Fitri Hakim yang baru berusia lima bulan serta ibu bapanya.

"Memang orang kata dengan gaji itu kami lima beranak dalam rumah ini cukup-cukup makan sahaja.

"Ayah juga bergantung pada susu formula dan ubat-ubatan untuk melawan penyakit.

"Doktor ada beritahu pembedahan boleh dibuat untuk membuang kataraks pada kedua-dua matanya tapi kosnya tinggi dan kami tak mampu," katanya.

Fitri Hakim berkata, dia bersyukur keadaan bapanya mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi bantuan bernilai RM300 sebulan yang sedikit sebanyak membantu perbelanjaan dan pengurusan bapanya.

JKM antara peneraju Program Menyantuni Golongan Rentan seperti digariskan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dalam pelan Perak Sejahtera 2030.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erja-jaga-bapa-uzur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.236313 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list