View: 1493|Reply: 0
|
[Terengganu]
'Yogurt Melayu' Pok Ya
[Copy link]
|
|
Susu masam atau yogurt Melayu yang dihasilkannya menggunakan susu kerbau dijual dengan harga RM15 dan ke atas. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI
Hulu Terengganu: "Penghasilan susu masam semakin berkurangan, jika tidak saya yang menjalankannya pasti ia tidak dijual lagi," kata Zakaria Ideris.
Zakaria, 65, dari Kampung Peris, Ajil berkata, penghasilan makanan tradisional yang berasaskan susu kerbau itu berkurangan berikutan ramai pembuat susu masam di daerah itu sudah meninggal dunia.
"Saya sendiri baru 15 tahun menjalankan kegiatan pembuatan susu masam atau 'Yogurt Melayu' itu. Sebelum ini saya hanya menternak kerbau tetapi menyedari penghasilan susu masam semakin berkurangan saya terdorong untuk menghasilkannya.
"Melalui lima kerbau betina saya mampu menghasilkan susu masam secara konsisten antara lima hingga 10 kilogram susu masam setiap minggu melalui kaedah perahan susu kerbau secara tradisional," katanya ketika ditemui di kandang kerbau miliknya.
Menurutnya, susu masam itu mendapat permintaan ramai dan terkini pelanggan dari Kuala Lumpur juga datang membelinya dengan jumlah yang banyak untuk menjualnya di ibu kota.
"Sekarang permintaan susu masam melebihi penawaran sehingga harganya juga meningkat daripada RM12 ke RM15 sebatang.
"Pengeluaran susu masam ini terhad kerana ia hanya boleh dibuat menggunakan susu kerbau sahaja. Proses pembuatannya cerewet dan dijalankan dengan teliti supaya susu kerbau yang diletakkan di dalam buluh dan diperam selama tiga hari beku dengan baik sebelum dimakan.
"Nampak macam senang untuk membuat susu masam itu tetapi jika tidak kena dengan caranya ia tidak menjadi," katanya.
Menurutnya, dia sedang melatih anak-anaknya membuat susu masam bagi memastikan makanan warisan nenek moyang itu terus diminati dan boleh dinikmati generasi akan datang.
"Susu masam itu biasanya dimakan bersama nasi atau dimakan terus dengan gula melaka atau kismis dan kurma," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ogurt-melayu-pok-ya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|