CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1403|Reply: 0

[Selangor] Sungai Kampung Rinching tercemar, LUAS arah premis proses makanan henti operasi

[Copy link]
Post time 1-11-2023 12:29 PM | Show all posts |Read mode

LUAS mengesan air berbuih serta berbau di sungai Kampung Rinching, Kajang semalam. FOTO IHSAN LUAS

Shah Alam: Air di kawasan Sungai Kecil, Kampung Rinching, Kajang tercemar selepas premis pemprosesan makanan disyaki melepaskan efluen berbuih berwarna putih serta berbau seakan-akan rebusan cendawan.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata maklumat pencemaran itu diterima Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada jam 11 pagi semalam dan pemeriksaan segera dilakukan.

Menurutnya, LUAS membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta serta mandatori penjara tidak kurang tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

"Pemerhatian awal mendapati keadaan air adalah berbuih dan berwarna putih serta berbau di Jambatan Rinching Tengah, Sungai Rinching

"Pensampelan in-situ yang dilaksanakan oleh LUAS di jambatan Tok Tahir di kawasan berdekatan bagi beberapa parameter antaranya Chemical Oxygen Demand (COD), Biochemical Oxygen Demand (BOD), Surfactant (Sur) dan Nitrate Oxide (No3) menunjukkan bacaan parameter bagi COD dan BOD adalah tinggi, manakala bacaan bagi Surfactant (Sur) dan Nitrate Oxide (No3) adalah rendah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan diteruskan oleh LUAS, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) ke kawasan perindustrian di Bandar Tasik Kesuma.

"LUAS segera mengarahkan premis berkenaan untuk menghentikan sebarang aktiviti yang menggunakan air dan pelepasan efluen.

"Semakan lanjut mendapati keadaan air sungai kembali normal dan tiada kesan berwarna putih dan berbuih selepas aktiviti daripada premis itu dihentikan.

"Pensampelan dilakukan oleh LUAS di titik akhir pelepasan di dalam dan luar premis berkenaan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa lanjut.

"Anggaran jarak lokasi punca pencemaran berkenaan ke Loji Rawatan Air (LRA) terdekat iaitu LRA Semenyih adalah 15 kilometer dan dengan tindakan pantas yang diambil berjaya memastikan tiada risiko terhadap operasi loji," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... roses-makanan-henti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.132054 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list