CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1501|Reply: 0

[Kelantan] Kanak-kanak Orang Asli diterbangkan ke HGM untuk rawatan

[Copy link]
Post time 1-11-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

Unit Udara JBPM membantu membawa pesakit kanak-kanak Orang Asli bersama ibunya ke Hospital Gua Musang. FOTO Ihsan JBPM

Gua Musang: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa kanak-kanak Orang Asli menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM), semalam.

Asrisyam Steri, 3, Kampung Tendrik, Pos Bihai, di sini, diiringi ibunya Senyon Milo, 29, mengalami cirit-birit, muntah dan batuk yang berlarutan selama dua hari.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang, Muhammad Akmaluddin Said berkata, pesakit bersama pengiring dibawa menaiki helikopter Agusta Westland 139 (AW139).

"Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Utara pada 1.10 tengah hari dan tiba di Kampung Tendrik pada 2.01 petang.

"Pesakit dibawa menaiki helikopter dan tiba di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada 2.30 petang sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi diketuai juruterbang Mohd Zukhairee Zabidi dan dibantu pembantu juruterbang, Robert James bersama tiga kru.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... e-hgm-untuk-rawatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.239671 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list