CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1504|Reply: 0

[Selangor] 'Pak cik cakap dia perlukan RM26, tetapi dalam akaun hanya ada RM14'

[Copy link]
Post time 1-11-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode

LELAKI warga emas yang menyapa Nur Liyana Yusof untuk meminta pertolongan. FOTO Tangkap Layar TikTok

Kajang: "Saya bantu kerana nak ringankan beban pak cik itu dan teringat ayah apabila melihat wajahnya," kata jurutera, Nur Liyana Yusof.

Nur Liyana, 28, memberi reaksi itu ketika diminta menceritakan kisah di sebalik pertemuannya dengan lelaki warga emas di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kajang, di sini, pada 21 Oktober lalu.

Menerusi video itu, kelihatan Nur Liyana disapa lelaki berkenaan sebelum dia memberi sejumlah wang.

Perkongsiannya itu tular hingga meraih lebih 700,000 tontonan dengan rata-rata netizen tersentuh melihat video berkenaan.

Berkongsi kisah sebenar, Nur Liyana berkata, dia bertemu lelaki berkenaan secara kebetulan selepas pulang menyertai himpunan solidariti Palestin di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

"Saya letak kereta di stesen MRT dan ketika itu kira-kira 4 petang, saya nampak pak cik itu membawa topi keledar.

"Waktu itu, saya nampak pak cik itu macam perlukan kewangan dan dia yang sapa saya dulu.

"Mulanya takut juga nak bersembang dengannya tapi beranikan diri dan bila ditanya, baru tahu yang dia perlukan RM26 untuk pergi ambil motosikal wakaf.

"Katanya, baki akaun di bank tinggal RM14 saja jadi memang tak cukup hingga dia terpaksa meminta bantuan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Atas rasa kasihan, Nur Liyana memberi sejumlah wang yang nilainya lebih daripada apa diperlukan.

"Saya tak tanya banyak mengenai latar belakangnya tapi diberitahu yang dia menetap di Pulau Meranti, Puchong.

"Cuma tak tahu pak cik itu tinggal dengan siapa tapi memang kasihan melihat wajahnya.

"Itu yang membuatkan saya terpanggil untuk membantu cuma tak lama selepas bergerak, saya tak nampak sudah kelibat pak cik berkenaan," katanya.

Nur Liyana berkata, niatnya memuat naik video berkenaan sekadar berkongsi pengalaman dan dengan harapan lebih ramai tampil membantu.

"Tak sangka pula boleh tular dan ramai turut bersimpati.

"Alhamdulillah dan saya bersyukur video tular kerana mahu ramai membantu pak cik berkenaan.

"Walaupun tak berada dalam keadaannya, saya faham apa dilalui pak cik itu kerana cuba letak diri di tempatnya.

"Bagi mereka yang masih ada ibu dan ayah, diharap video itu menyedarkan kita semua untuk menghargai serta berbakti kepada orang tua selagi mereka masih ada," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... kaun-hanya-ada-rm14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.590388 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list