|
PENGGUNA membeli ayam segar semasa tinjauan di sebuah pasar raya. FOTO Ghazali Kori
Kuala Terengganu: "Saya terkejut apabila harga ayam rendah kerana ingat akan berlaku kenaikan harga mendadak berikutan penamatan subsidi dan kawalan harga, hari ini."
Begitu kata peniaga ayam goreng di pasar tani, Rohana Ali, 57, apabila mendapati harga ayam yang dibeli murah berbanding sebelum ini.
Menurutnya, dua hari lalu dia membeli ayam pada harga RM8.49 satu kilogram (kg) menyebabkannya risau berlaku kenaikan harga ayam selepas mengetahui penamatan subsidi dan kawalan harga.
Katanya, berikutan itu dia membeli ayam dalam kuantiti banyak antara 40 hingga 50 ekor untuk jualan selama dua hari saja.
"Harga (ayam) yang ditawarkan hari ini iaitu RM7.89 1kg memang sukar diperolehi di mana-mana walaupun membeli secara borong.
"Justeru, saya harap harga ini dapat dikekalkan atau tidak terlalu tinggi selepas ini kerana ia memberi kesan kepada peniaga kecil-kecilan seperti saya," katanya yang ditemui ketika membeli ayam di sebuah pasar raya di sini, hari ini.
Katanya, dia juga tidak akan harga jualan ayam gorengnya walaupun berlaku kenaikan harga ayam.
"Secara jujurnya saya sudah berniat walaupun harga ayam naik sekalipun hari ini, saya mahu menjual dengan harga sedia ada," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-ayam-kekal-rendah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|