CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2060|Reply: 0

[Perak] Didenda RM12,500, tipu urusan jual beli baju kurung bernilai RM158

[Copy link]
Post time 1-11-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Manjung: Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM12,500 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan termasuk menipu urusan jual beli baju kurung membabitkan nilai kerugian RM158, Februari lalu.

Tertuduh, Mohd Sobri Togil, 47, mengaku bersalah manakala isterinya, Massuati Amran, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T Kavita.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menyetujui terima bayaran RM158 tanpa mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa dapat membekalkan sehelai baju kurung kepada mangsa, Nur Sabrina Aiman Mohd Rosszi.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Lumut, Sitiawan, dekat sini jam 4.44 petang pada 13 Februari lalu.

Berikutan itu, pasangan suami isteri itu didakwa melakukan perlanggaran Seksyen 16(c) Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan melakukan kesalahan mengikut 25(1)(b) Akta yang sama serta Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Sobri yang juga pemilik tunggal perniagaan Seri Kenanga Enterprise mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mendedahkan maklumat berkaitan nombor pendaftaran perniagaan.

Perbuatan itu dilakukan Mohd Sobri di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Manjung jam 1.10 tengah hari pada 12 Mei lalu.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perniagaan Elektronik) 2012 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 145(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Jika sabit kesalahan, Mohd Sobri boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya KPDN Syazwani Zawawi,manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam S Dharmanathan.

Dharmanathan dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan denda minimum terhadap anak guamnya dengan mengambil kira tertuduh mempunyai tiga anak yang masih bersekolah serta menanggung ibu bapa selain sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahannya.

Syazwani pula memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh bagi memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat dengan mengambil kira kes penipuan jual beli atas talian.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar terhadap Mohd Sobri bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua pula, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal bayar terhadap bapa anak tiga itu.

Tertuduh kemudian membayar denda berjumlah RM12,500.

Majistret Kavita turut menetapkan sebutan semula kes bagi Massuati pada 7 Disember depan.


MOHD Sobri (tengah) didenda RM12,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan termasuk menipu urusan jual beli baju kurung di Mahkamah Majistret Seri Manjung, hari ini. FOTO Muhamad Lokman Khairi

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rung-bernilai-rm158
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.039929 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list