CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1738|Reply: 0

[Kelantan] Nelayan asing 'rompak' hasil laut gagal bolos

[Copy link]
Post time 2-11-2023 02:02 PM | Show all posts |Read mode

Syed Nor Adli (hujung, kanan) meninjau nelayan warga asing Vietnam yang ditahan bersama rampasan bernilai RM1.5 juta termasuk 1,000 kilogram ikan baja, campur,bot,peralatan navigasi, peralatan menangkap ikan dan 7,000 liter diesel akibat menceroboh perairan negara. FOTO ihsan pembaca

Pasir Puteh: Lima nelayan warga Vietnam termasuk tekong gagal bolos bersama satu tan hasil laut bernilai RM1.5 juta yang dicuri dari perairan negara Isnin lalu selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah APMM Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Abdul Rahman berkata, semua yang ditahan berusia antara 24 hingga 31 tahun bersama rampasan bot, ikan, peralatan menangkap ikan, alatan navigasi dan bekalan diesel berjumlah 7,000 liter.

Katanya, mereka ditahan pada jarak 173 batu nautika daripada Tenggara Muara Tok Bali jam 9.20 pagi menerusi Op Damai Khas Kuda Laut dan Op Naga Barat.

"Kapal Maritim (KM) Jujur mengambil masa kira-kira satu jam untuk menahan bot nelayan asing yang cuba melarikan diri dan melakukan 'force boarding'.


"Mereka cuba ke sempadan Vietnam namun ketangkasan pegawai dan anggota bersama menahan bot dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia di Tok Bali,Pasir Puteh," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Syed Nor Adli berkata, tekong disiasat mengikut 16(3) Akta Perikanan 1985 kerana gagal memaklumkan kepada pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel dalam hal memasuki perairan perikanan Malaysia.

Kesemua kru disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen diri yang sah.

Bagi sabit kesalahan perikanan, boleh dihukum denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600,000 ke atas kru mengikut Seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985, bot dan peralatan menangkap ikan juga dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Bagi kes di bawah Imigresen, tekong dan kru boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan hukuman sebatan tidak lebih enam kali mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... il-laut-gagal-bolos

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060716 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list