CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1182|Reply: 0

[Selangor] Pasangan kekasih kaki curi van kena tahan

[Copy link]
Post time 2-11-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode

SUSPEK ditahan bersama van dipercayai dicuri. FOTO Ihsan PDRM.

Ampang Jaya: Tindakan pasangan kekasih mencuri van di sekitar daerah ini dan Kuala Lumpur sebelum dijual di bengkel potong besi mengundang padah apabila ditahan polis, kelmarin.

Difahamkan suspek menyasarkan van model lama sebelum mencurinya dan dijual semula di kedai bengkel terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa berusia 62 tahun bekerja sebagai kontraktor, menyedari vannya yang diletakkan di tepi Jalan Bunga Melur 12, Taman Muda, di sini hilang pada 7 pagi, Oktober lalu.

Susulan itu, katanya, pada 10.30 pagi sehingga jam 3 petang kelmarin sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang jaya menahan pasangan berusia 32 dan 37 tahun itu di Jalan Jejaka, Taman Maluri Cheras.



"Mereka tidak bekerja dan suspek pertama mempunyai 19 rekod jenayah dan 11 rekod narkotik, manakala suspek kedua tiada rekod jenayah dan narkotik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, ujian air kencing kedua-dua suspek mendapati positif dadah dan polis merampas van dan kereta yang dilaporkan hilang di Ampang dan Gombak.

Katanya, turut dirampas lima telefon bimbit, sebuah Ipad, empat alat spanar, resit hotel, tshirt, sepasang kasut, sehelai seluar jeans, beg plastik, empat utas jam tangan, mesin pengukur elektronik, mesin waterjet cordless, dua topi keledar, beg mengandungi pelbagai rantai dan dua beg.

"Mereka direman empat hari bermula semalam hingga Sabtu untuk disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... curi-van-kena-tahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.241732 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list