CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1287|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Instafamous dipenjara, didenda curi barang di pasar raya

[Copy link]
Post time 2-11-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Padah mencuri barangan pasar raya lebih RM100, seorang 'instafamous' dipenjara sehari dan didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Rumaisyah Yahya, 31, yang mengaku bersalah mencuri barangan antaranya pewangi bilik, ubat gigi, sabun mandi, air kotak, sayur brokoli dan penyangkut baju berjumlah RM108.18 di sebuah pasar raya di pusat beli-belah terkemuka di Jalan Ampang di sini, pada 4.30 petang, semalam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara bermula tarikh tangkap dan penjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda.



Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar yoga mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa.

Namun, dia tidak membuat pembayaran bagi barangan itu sebelum ke bahagian lain dan terus keluar dari pasar raya itu.

Tertuduh kemudian ditahan oleh pengawal keselamatan dan pemeriksaan mendapati beg yang dibawa mempunyai barangan milik pasar raya itu dan dia gagal mengemukakan resit pembelian.

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun.

"Ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan barang yang diambil hanyalah barang keperluan asas sahaja.

"Anak guam sudah insaf dan mohon diberikan peluang kedua," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arang-di-pasar-raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.124991 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list