View: 2381|Reply: 2
|
'Hentikan Budaya Conteng Muka, Mekap Ilustrasi Tanda Sokong Palestin, Tak Sesuai Orang Islam Buat' - Yousof
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Rakyat Palestin dikenali sebagai Yousuf meminta agar menghentikan segera elemen menconteng wajah atau mekap ilustrasi sebagai tanda menyokong Palestin kerana tindakan itu tidak sesuai dibuat oleh orang Islam.
"Janganlah mekap halloween, conteng sana sini di muka, di leher. Saya tengok saya geli. Letak macam darah di leher, kita orang Islam. Tak payah ikut cara luar,” tegasnya.
Yousof, menerusi siaran langsung bersama pempengaruh media sosial, Hazeman Huzir turut menyeru seluruh masyarakat dunia terutama penduduk di negara ini untuk terus berkongsi serta menyebarkan segala maklumat berhubung kekejaman rejim Israel terhadap bumi Gaza.
Perkongsian pengguna media sosial ketika ini amatlah penting untuk membuka mata dunia bahawa betapa kejam tindakan Israel membunuh dan memusnahkan seluruh kehidupan di Palestin.
“Sekarang ini saya nak orang Malaysia fokus dekat sosial media sebab benda ini (perkongsian di sosial media), sebab ada orang cakap kalau saya muat naik (kekejaman Israel) apa saya dapat, tak ada orang kisah pun.
“Tidak, kalau semua post (muat naik), saya post, awak post, kita boleh tunjuk pada dunia apa mereka (Israel) buat pada kami (Palestin).
“Macam mana budak kecil di sana (Gaza) mati, macam mana situasi rakyat di sana, keadaan bangunan di sana. Kita boleh tunjuk bukti dan situasi sebenar kepada semua orang. Ini bukan suatu yang kecil, tapi sangat penting,” pintanya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|