CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3396|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiada ancaman tsunami, siren berbunyi mungkin masalah teknikal

[Copy link]
Post time 4-11-2023 12:06 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Tiada amaran sebarang amaran tsunami dikeluarkan untuk kawasan Kota Belud, Sabah, buat masa ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, pihaknya mendapat maklumat berkenaan siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang terletak di kawasan Masjid Imam Hj Mustapah, Kota Belud berbunyi pada awal pagi tadi.

"Kejadian itu dikhuatiri berlaku kerana masalah teknikal dan tindakan sewajarnya sedang diambil.

"Met Malaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang timbul susulan kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.



Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih berkenaan gempa bumi dan tsunami melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi Met Malaysia serta Hotline di talian 1300221638.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... in-masalah-teknikal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.164622 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list