CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4725|Reply: 0

[Pahang] 'Toyol' larikan cip kasino Genting RM4.6 juta

[Copy link]
Post time 4-11-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Genting Highlands: Polis sedang berusaha mengesan suspek yang mencuri cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta pada 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong mengesahkan menerima laporan berkaitan kecurian cip kasino daripada pihak pengurusan keselamatan kasino Genting Highlands jam 6.30 petang, Sabtu lalu.

"Laporan itu dibuat berkaitan sebuah bilik kasino dipecah masuk dan cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta dilarikan.



"Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong masih meneruskan siasatan dan mengesan suspek yang terbabit dalam kes berkenaan," katanya tadi.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu dimi menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... o-genting-rm46-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.063506 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list