CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1031|Reply: 0

[Kelantan] 3 buruh maut tertimbus, kerja binaan diarah henti

[Copy link]
Post time 6-11-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode

ABDUL Aziz (tiga dari kiri) dan wakil agensi berkaitan melawat tapak projek jalan raya yang menyebabkan tiga pekerja Bangladesh maut tertimbus. FOTO Ihsan JKKP Kelantan.

Machang: Kerja pembinaan jalan raya di Kampung Maka, Labok di sini, diarah henti serta-merta, susulan tiga pekerja Bangladesh maut tertimbus tanah, Khamis lalu.

Arahan dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan dengan Pengarahnya, Ir Abdul Aziz Salim berkata, punca kejadian sedang disiasat.

Pihaknya memandang serius insiden itu kerana membabitkan nyawa pekerja mahupun orang awam, malah majikan diarah memastikan kawasan dikorek dan sekitarnya selamat.

"Ia perlu diperiksa termasuk memasang peralatan perlindungan terhadap gelinciran tanah.



"Tindakan perundangan boleh diambil sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan di tapak projek bersama Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Kelantan, Nazri Zakaria, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor terbabit.

Abdul Aziz berkata, menjadi tanggungjawab majikan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terjamin termasuk di tapak pembinaan.

Dalam kejadian Khamis lalu, tiga pekerja warga asing yang sedang melakukan kerja meratakan pasir di dasar korekan, meninggal dunia selepas tertimbus tanah.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... binaan-diarah-henti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.426616 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list