CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1341|Reply: 0

[Kelantan] Kelantan berisiko alami bencana lebih teruk daripada 2014

[Copy link]
Post time 6-11-2023 02:44 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan - Pemandangan dari udara kawasan hutan di Gua Musang

KOTA BHARU: Kelantan bakal berdepan banjir lebih buruk berbanding 2014, sekiranya cadangan pengubahsuaian Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) membabitkan 514,898 hektar diteruskan.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Hafizudin Nasarudin, berkata daerah yang berada di sepanjang Lembangan Sungai Kelantan yang bakal terjejas teruk termasuk Pasir Mas, Kota Bharu, Kuala Krai.

Ini kerana katanya, bencana akan berlaku apabila hutan yang berfungsi sebagai tempat menyimpan air sudah dibuka secara besar-besaran sebagaimana cadangan KSAS.

"Pengubahsuaian KSAS akan memberi ruang kepada kerajaan negeri meluluskan banyak lagi aktiviti pembangunan yang tidak mampan seperti pembalakan, pembalakan tebang habis, pembukaan ladang dalam kawasan hutan simpan.



"Apabila berlaku hujan lebat terutama Kelantan yang saban tahun berlaku banjir, maka air hujan berkenaan terus masuk ke sungai dengan membawa lumpur sekali memandangkan pembukaan hutan secara besar besaran dilakukan.

"Daerah yang berada di sepanjang lembangan Sungai Kelantan akan menerima padah dan tidak mustahil banjir di Kelantan akan lebih teruk berbanding 2014 sekiranya cadangan itu diteruskan," katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama katanya, habitat hidupan liar turut musnah dan penduduk kampung terutama di Hulu Kelantan akan terjejas.

"Jika melihat sekarang pun sudah berapa orang penduduk Orang Asli yang meninggal dunia akibat dibaham harimau, berapa banyak penduduk kerugian akibat tanaman dimusnahkan oleh gajah.

"Apa yang boleh saya katakan, cadangan KSAS itu akan membawa pelbagai masalah membabitkan sektor makanan, keselamatan, air, hidupan liar dan berharap ia dipertimbangkan sebelum terlambat," katanya.

Terdahulu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengadakan mesyuarat bersama pihak berkepentingan bagi membincangkan dan meneliti secara menyeluruh mengenai cadangan pengubahsuaian KSAS di Kelantan.

Katanya, mesyuarat yang dijadual diadakan di Putrajaya itu membabitkan Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam sekitar dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Taman Negara dan penasihat Undang-Undang yang ada di NRECC serta kerajaan Kelantan.
https://www.bharian.com.my/berit ... teruk-daripada-2014

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.049721 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list