|
GAMBAR hiasan
Kota Bharu: Polis Kelantan sudah bersiap siaga untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang sering melanda negeri itu hampir pada setiap tahun.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun, berkata mesyuarat membabitkan semua agensi sepanjang banjir dijalankan bagi memastikan semua pihak bersedia untuk menjalankan tugas.
Katanya, perubahan cuaca juga berlaku di negeri itu menandakan musim tengkujuh yang bakal tiba, justeru anggota yang berkenaan diarahkan untuk sentiasa bersedia termasuk memastikan semua aset serta logistik dalam keadaan baik.
"Pihak kami menitik beratkan kerjasama baik dengan agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA)supaya tugasan sepanjang banjir berjalan lancar.
Berita menarik menerusi E-Mel setiap pagi
"Pihak kami masih menunggu perkembangan untuk menentukan sama ada cuti anggota dibekukan ataupun tidak dan ia juga bergantung arahan pucuk pimpinan.
"Dalam masa sama, penduduk terutama yang yang berada di penempatan rendah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah awal berpindah jika banjir melanda," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di negara ini bermula Sabtu ini dan berterusan hingga Mac tahun depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ap-siaga-hadapi-mtl |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|