CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2158|Reply: 3

[SEJARAH] Raja Thalut Memimpin Peperangan Bani Israil

[Copy link]
Post time 7-11-2023 08:19 PM | Show all posts |Read mode



Sebelum ini, bangsa Yahudi pernah dihukum Tuhan kerana membunuh Nabi-Nabi. Kerajaan bangsa Amaliqah yang gagah perkasa telah merampas Baitulmuqaddis dari tangan mereka.

Siapa Thalut yang memimpin mereka?

Raja Talut asalnya seorang lelaki miskin yang dipilih Tuhan untuk memimpin Bani Israil yang sedang terusir. Nabi Samuel menabalkannya sebagai pemimpin yang paling layak. Pada awalnya, orang Yahudi tak boleh terima Talut sebab dia dari keturunan Bunyamin, bukan berdarah bangsawan seperti keturunan Yahudza.

Namun, apabila peti Tabut dipulangkan ke pangkuan mereka melalui bantuan malaikat, barulah mereka berjanji setia dengan Raja Talut. Tapi, trick diorang masih tak habis lagi!
Bani Israil buat perangai apa lagi?

Pada hari yang ditentukan, ketumbukan tentera Bani Israil mara ke kota Baitulmuqaddis untuk memerangi bangsa Amaliqah. Jumlah mereka seramai 80,000 orang.

Raja Thalut menguji kaumnya: “Sungguh Allah akan mengujimu dengan sebatang sungai. Sesiapa di antara engkau yang meminum airnya maka bukanlah dari kalangan pengikutku. Sesiapa yang tidak meminumnya pula dialah pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya.”



Mereka bergerak ke Baitulmuqaddis dalam keadaan panas terik dan kehausan. Seperti yang dikhabarkan, pasukan tentera Thalut pun tiba ke sebatang sungai. Ketika inilah nilai keimanan dan pengorbanan Bani Israil diuji.

Sebahagian besar daripada mereka telah mengabaikan arahan Raja Thalut. Seramai kira-kira 76,000 orang terus meminum air sungai itu sepuas hati. Hanya sejumlah tidak lebih 310 orang yang mengikuti perintah Raja Thalut untuk minum sekadar satu ceduk telapak tangan.
“Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”, keluh sebahagian besar mereka.

“Berapa ramai golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar,” jawab segelintir kecil tentera Thalut yang setia.



Raja Thalut bersama saki baki tenteranya yang beriman tetap meneruskan perjalanan menuju medan peperangan. Mereka sama-sama berdoa: “Oh Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”

Peperangan dengan bangsa Amaliqah berlangsung di depan sebuah istana. Ketika inilah terjadi peristiwa bersejarah apabila Nabi Daud membunuh Raja Jalut yang memimpin bangsa Amaliqah. Baginda melastik tiga ketul batu yang tepat memecahkan kepala Jalut. Saki baki bangsa Amaliqah pun kalah dan melarikaj diri.


Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 11:48 AM | Show all posts
Memang selalu mengkhianati nabi dan raja kaum yahudi ni ek.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 12-11-2023 06:52 PM

Kalau ikut cerita dlm bible, derang ni semua sebenarnya ada tali persaudaraan.  Semua manusia asal dr keturunan nabi nuh selepas bah besar.  Bani Israel dr keturunan nabi Yakub saw (juga dipanggil Israel) dgn Bani Amaliqah ni keturunan Esau (abang kepada Nabi Yakub dlm islam nama dia Ishu).  Dua2 ni cucu Nabi Ibrahim anak kepada Nabi Ishak.

Tambah sedikit.  Dalam Quran diceritakan Nabi Musa saw dititahkan oleh Allah untuk berperang dgn satu kaum yg besar dan tegap kat Kanaan.  Kanaan ni sebenarya nama kaum yg menetap kat situ.  Kaum ni keturunan anak Nabi Nuh saw yg bernama Sam.  Diriwayatkan oleh para ilmuan Islam, anak2 Nabi Nuh yg selamat ada 3 org semua lelaki.  Keturunan si Sam ni adalah berbadan besar berkulit gelap dan berambut kerinting (negro).  Mungkin  inilah yg dimaksudkan dalam Al Quran mengenai kaum Kanaan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
perulangan kisah yang sama ..watak akhir zaman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.495491 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list