View: 2237|Reply: 0
|
[SEJARAH]
“Kenapa Rom Timur Dipanggil Byzantine Oleh Orang Barat?”
[Copy link]
|
|
“Kenapa Rom Timur Dipanggil Byzantine Oleh Orang Barat?”
Ni antara persoalan menarik tentang Rom Timur. Kalau kita baca catatan sejarah Eropah pasal Rom Timur, mesti diorang akan panggil kerajaan tu kerajaan Rom Byzantine. Padahal, orang Rom Timur sendiri panggil diri diorang orang Rom (Romaioi), jiran diorang orang Arab pun panggil diorang orang Rom (Rumi). Jadi mana datang nama Byzantine tu?
Benda ni terjadi sebab kerja seorang ilmuwan Jerman bernama Hieronymus Wolf pada abad ke 16. Masa tu, Wolf tengah buat kerja terjemahan teks sejarah Rom Timur. Sebab Rom Timur ni dah sinonim dengan agama Kristian, dan Wolf tulis sejarah pasal Rom Timur sebelum diorang masuk Kristian, maka dia perlukan nama lain.
Masa tu, ilmuwan ilmuwan Eropah semua ada perangai namakan benda berdasarkan nama lama diorang. Contoh, orang Huns dipanggil orang Scythia dan orang Turki dipanggil Parsi. Masa ni ramai orang jad nerd sejarah Klasikal, tu yang buat jadi begitu. Disebabkan ini jugalah, Wolf gunakan nama lama ibu kota Rom Timur tu sebagai nama kerajaan Rom Timur tu untuk nama teks terjemahannya tu. Nama ibu kota Rom Timur ialah Konstantinopel, tapi nama lama dia dulu ialah Byzantium. Tu datang nama Rom Byzantine.
Asalnya nama tu dia guna untuk dia sorang je, tapi lama lama orang Eropah lain pun mula guna nama tu sampai akhirnya jadi meluas dalam kalangan Eropah.
Oleh: Ammar Akmal
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|