CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1309|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat

[Copy link]
Post time 8-11-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode

PETUGAS Jabatan Kebajikan Masyarakat mengagihkan barang keperluan kepada mangsa banjir di PPS SMK Dengkil, semalam. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Selangor terus meningkat kepada 776 orang membabitkan 197 keluarga di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat 8 pagi, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, di Daerah Hulu Langat, dua PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi dengan 87 mangsa daripada 20 keluarga manakala SK Ulu Semenyih menempatkan 32 mangsa daripada sembilan keluarga.

"Daerah Sepang pula sebanyak empat PPS dibuka iaitu Dewan Orang Ramai Taman Gemilang menempatkan 48 mangsa daripada 14 keluarga, Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali (97 mangsa), Dewan MPKK Kampung Jenderam Hilir (89 mangsa) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil (241 mangsa)/

"Dua lagi PPS dibuka di daerah Kuala Langat iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang (64 mangsa),Dewan Orang Ramai Dato Hormat, Seri Cheding (lapan mangsa)," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Katanya, satu PPS dibuka di Daerah Petaling iaitu Dewan Camelia, Putra Height (110 mangsa).

"Selain itu, satu PPS dibuka di Dewan Komuniti Taman Desa Hulu Yam Bharu yang menempatkan 13 mangsa kebakaran daripada dua keluarga," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di Selangor meningkat kepada 692 orang setakat 5 petang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -selangor-meningkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.513057 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list